Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Kengsom Ikan Siakap

السلام عليكم

Biasanya ikan siakap mesti masak stim atau tiga rasa atau asam pedas kan? Apa kata kali ni, korang cuba masakan dari negara Thai ni. Sangat mudah untuk menyediakannya dan yang paling penting, rasanya pun sedap!

Nama masakan ni Kengsom. Sekali imbas, mesti korang tengok macam masak singgang jer. Tapi masakan kengsom ni ada nenas dan kangkung. Jadi, kalau korang masak menu ni, cukup satu lauk je. Dah lengkap ada sayur dan buah. All in one!

Jom cuba. Menu seperti di bawah.

Kengsom Ikan Siakap

Bahan-bahannya:-

Ikan siakap sederhana besar dibelah 3 bahagian
Kangkung 1 ikat
Nenas 1 biji
Serai 2 batang
Cili merah 4-6 biji
Bawang merah 7-8 biji
Bawang putih 3 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Belacan 1 inci
Jus limau kasturi 2 sudu besar
Air secukupnya
Garam dan secukup rasa

Cara-caranya:-

Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan sehingga halus.

Di dalam kuali atau periuk, masukkan air secukupnya. Bila air dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan serai yang diketuk.

Kemudian masukkan nenas dan batang kangkung yang telah dipotong.

Biarkan seketika.

Kemudian masukkan daun kangkung.

Dan ikan siakap.

Masukkan perahan limau untuk rasa masam. Jangan lupa perasakan dengan garam dan secukup rasa.

Biarkan mendidih seketika sehingga ikan masak.

Sedia untuk dihidangkan!

Cukuplah satu lauk jer malam ni. Lengkap dah ikan dan sayur. Siap ada buah sebagai pencuci mulut. Huhuhu...

Selamat mencuba.
Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.
Jom klik di bawah.

No comments: