Teh Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Tea

Biasanya pada bulan puasa jer senang jumpa air teh bunga kekwa ni. Bila dah habis bulan Ramadhan, dah susah nak jumpa. Paling-paling pun dalam kotak jer. Hmmmm... tak syok... tak der bunga. Hehehehe...

Kebetulan masa pergi beli barang dapur beberapa hari lepas, aku terjumpa pek bunga kekwa kering ni. Apa lagi... terus beli. Mesti enche Neezam suka.

Hmmm... memang betul pun. Habis satu jug malam tu jugak. Licin dengan bunga-bunga dia sekali.

Teh bunga kekwa atau turut dikenali sebagai chrysanthemum ni banyak khasiatnya. Antaranya:-

  1. Membantu melancarkan perjalanan darah
  2. Membantu pencernaan makanan
  3. Membantu mengurangkan sakit kepala
  4. Membantu mengurangkan sesak nafas atau asma dan menguatkan paru-paru
  5. Menyejukkan badan
  6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah
  7. Di dalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis
  8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat
  9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, selsema dan sakit tekak
  10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangkan kemerahan, kekeringan dan gatal pada mata jika diamalkan secara konsisten
  11. Amalan meminumnya secara berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda

Sumber dari google

والله أعلم

Jom kita buat!

Teh Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Tea

Bahan-bahannya:-

Bunga kekwa kering 1 cawan
Gula batu
Madu ½ cawan
Air 10 cawan

Cara-caranya:-

Bunga kekwa direndam seketika dan dibilas.
Masukkan bunga kekwa di dalam periuk dengan air.

Bila air mula mendidih masukkan gula batu. Jangan terlalu banyak supaya terjaga khasiat teh.
Rebus lebih kurang 10 minit atau bila dah nampak bunga kekwa tersebut kembang.
Tak boleh rebus terlalu lama, atau air akan menjadi pahit.
Tutup api dan masukkan madu.

Sedap diminum ketika panas mahupun sejuk.

#juliescookingwithluv

No comments: