Labels

Ais Krim (2) Ayam (12) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Daging (8) Ekor (2) Ikan (11) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (1) Kuey Teow (1) Kuih-muih (3) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (57) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (17) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (2) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (3) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Bubur Nasi Kosong

السلام عليكم

Biasanya hujung minggu aku akan buat menu berat yang boleh makan dari breakfast sampai ke dinner... kalau boleh sampai supper terus. Hehehehe... Redho jer lah orang dalam rumah.

Hari ni buat set bubur nasi. Aku memang suka makan bubur nasi. Bubur nasi kosong jer. Memang tak der letak apa-apa. Tapi aku akan masak bermacam-macam jenis lauk untuk dimakan bersama dengan bubur kosong ni.

Dengan bermacam-macam jenis lauk-pauk, maka meriahlah bubur kosong tu tadi. Yummeh...

Setiap kali masak bubur nasi kosong ni, memang macam-macam idea lauk-pauk yang sesuai dimakan dengan bubur nasi yang timbul. Tapi biasanya aku akan siapkan cukup 6 jenis lauk jer untuk dimuatkan dalam bekas dome aku ni.

Ada ke yang tak pandai masak bubur nasi kosong? Cam tak der jer kan? Hahahhaha... tapi aku kongsikan kat sini jugak resepi untuk bubur nasi kosong dan idea-idea lauk pauk yang sesuai dimakan dengannya.

Bubur Nasi Kosong

Bahan-bahannya:-

Beras 2 cawan
Air 8 cawan

Cara-caranya:-

Bersihkan beras sekali basuh.
Kemudian tambah air dan masak seperti biasa di dalam peruk nasi.
Pastikan penutup periuk nasi tak ditutup rapat supaya air takkan melimpah keluar bila nasi mula menggelegak nanti. Kalau tak... jenuhlah nak membersihkan air kanji.
Bila beras dah menjadi bubur, kalau korang rasa bubur tu pekat sangat, bolehlah ditambah dengan air panas dan kacau hingga sebati.

Antara lauk pauk yang aku suka makan bersama dengan bubur nasi ni ialah semestinya...
Kangkung goreng belacan

Telur asin dan lobak asin goreng

Sambal kupang

Ikan masin keropok

Telur padi @ century eggs

Serunding halia ikan bilis

Dan semestinya tidak boleh ketinggalan tentulah kicap manis!

Selain lauk-pauk ni, korang boleh jugak makan dengan paru goreng, daging goreng, ikan bilis goreng asam, kacang tanah goreng (aku tak berapa suka) dan bermacam-macam lagi. Selain tu aku suka jugak kalau buat kuah ikan singgang atau tomyam untuk dimakan dengan bubur nasi kosong ni. Memang yummeh!

#juliescookingwithluv

No comments: