Labels

Ais Krim (2) Ayam (12) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Daging (8) Ekor (2) Ikan (11) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (1) Kuey Teow (1) Kuih-muih (3) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (57) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (17) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (2) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (3) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Ayam Masak Kicap Berempah

السلام عليكم

Tu dia... Likat memikat ayam masak kicapku. Huhuhu...

Sejak kenal kicap pekat ABC, memang kalau masak ayam masak kicap, memang wajib pakai kicap tu. Dan biasanya aku masak menu ni mesti letak sedikit rempah-rempah. Naik bau dia dan memang sedap tau. Korang pun mesti cuba.

Nak resepi ayam masak kicap berempah yang pekat likat memikat macam ni, ada di bawah.

Masak Lomak Tolo Itik

السلام عليكم

Haaa... tajuk letak loghat nogorilah sikitkan, untuk masakan nogori ni.

<

Dah lama sebenarnya tak makan telur iti ni. Tetiba hari tu terjumpa kat pasaraya Hero, memang happy rasanya. Huhuhu...

Biasanya telur itik ni, aku suka masak 2 jenis menu jer - masak lemak dan sambal tumis. Kalau buat masak lemak telur ituk ni, campurkan dengan belimbing buluh. Pergghhhh... sedapnya.

Tapi kali ni, tak jumpa pulak belimbing buluh. Macam susah jer nak cari.

So, kiter masak jer lah dengan apa yang ada.

Menu di bawah.

Salted Egg Cornflakes @ Emping Jagung Telur Asin

السلام عليكم

Hujung minggu yang lepas, tak der buat apa. Duduk duduk... boring-boring... tetiba rasa nak mengunyah. Tapi tak der jajan kat rumah. Huhuhu...

Bukak kabinet dapur, tengok ada cornflakes. Nak makan dengan susu macam rasa berat sangat pulak.

Tetiba teringat kat dapur ada serbuk telur asin, daun kari dan butter. Hmmmm... apa lagi...

Tang tung tang tung kejap... jadilah salted egg cornflakes @ emping jagung telur asin ni. Sekejap jer buat dia...

Pernah beli hari tu, anak-anak makan laju jer. Mama dia makan serdak jer. Sadis...

Ni kalau tinggal serdak jugak, mama cari batu belah, batu bertangkup. Huhuhu...

Uuuuuu sedapnyer...

Senang jer nak buat. Jom ikut resepi di bawah.

Nasi Daging Utara dengan Air Asam Kerisik

السلام عليكم

Kalau hujung minggu biasanya aku suka mencuba resepi-resepi baru. Terutamanya resepi-resepi nasi. Aku akan masak dari pagi, untuk dihidangkan tengahari hinggalah ke malam. So, bila dah masak tengahari, tak der nak fikir nak masak apa pulak untuk menu malam.

Senang.... boleh buat benda lain pulak lepas siap masak. Tak der lah nak duduk kat dapur jer lagi dan lagi... Huhuhu...

Kali ni aku nak kongsikan resepi nasi daging utara dengan air asam kerisik.

Senang jer nak buat sebab lauk dia hanya daging rebus dan kuah air asam kerisik jer. Nasi pun senang nak disediakan.

Naufal suka makan daging. So, dia memang suka sangat sajian nasi ni.

Resepi ada di bawah. Jom cuba!

Tomyam Cendawan

السلام عليكم

Cendawan tiram antara sayur kegemaran aku. Lebih-lebih lagi kalau buat masak tomyam. Memang sedaplah menghirup. Anak-anak pun suka tomyam.

Dulu aku tak pandai buat tomyam. Kalau buat tomyam mesti rasa tak sesedap kat kedai, padahal gunakan paste yang sama jugak. Rupa-rupanya kalau nak tomyam rasa lebih sedap, kena tambahkan sedikit santan dan mesti ada daun ketumbar. Barulah sedap!

So, bila dah tahu bahan rahsia ni, barulah aku pandai buat tomyam sedap.

Jom cuba buat!

Clear Fish Ball Soup

السلام عليكم

Eh... eh... eh... tetiba resepi hari ni bahasa omputeh pulak kan? Hehehe... sekali sekala... apa salahnya ek.

Balik kerja petang semalam memang rasa buntu tak tau nak masak apa. Tengok dalam peti ais masih ada lagi bebola ikan lebihan masak oden hari tu.

So, aku fikir... buat soup pun sedap ni! Lebih-lebih lagi baru lepas hujan ni.

So jadilah... resepi mudah dan ringkas ni... Tapi yang penting anak-anak suka terutamanya si kecik aku tu.

Jom buat resepi mudah ni.

Ketupat Daun Palas Dengan Kacang Soya

السلام عليكم

Hari raya haji yang lepas aku berkesempatan belajar buat ketupat palas dengan emak. Ketupat palas yang emak buat memang sedap sangat. Pulutnya lembut dan sangat berlemak. Memang terbaik.

Biasanya emak buat ketupat palas letak kacang soya. Memang bertambah-tambah sedaplah. Makan pulak dengan sambal sotong kering. Pergghhhh... merecik-recik peluh.

Ini first time sebenarnya dapat tengok emak sediakan ketupat palas dari mula sehinggalah siap. Biasanya kalau emak buat, dah siap, baru aku sampai rumah emak abah. Tinggal makan jer. Huhuhu...

Alhamdulillah... kali ni dapat belajar cara buat ketupat palas pulak. Lepas ni bolehlah cuba buat ketupat palas sesedap emak buat.

Untuk resepi, ada di bawah.

Udang Breadcrumbs

السلام عليكم

Nak panggil apa ye resepi ni? Nak kata udang celup tepung tak lah celup tepung pun sebab aku gunakan serbuk roti. So, aku panggil resepi ni Udang Breadcrumbs lah yer. Macam komersial sikit. Huhuhu...

First time sebenarnya buat sendiri udang breakcrumbs ni. Biasanya suka order kat kedai. Tapi kat kedai makan biasanya memang udang tu cekup dengan tepung lah. Dan tepung ni lagi banyak dari udang. Dah macam jemput-jemput udang pulak.

Beberapa hari lepas aku tengok video chef udang ni. Macam-macam menu udang dia buat. Salah satu resepi dia, udang breadcrumbs ni lah. Macam sedap jer aku tengok. Dan kebetulan masa singgah ke kedai kek berdekatan dengan office ni, terjumpa pulak Japanese breadcrumbs ni. Memang serupa dengan yang chef udang dalam video tu buat. So, kiter buatlah!

Untuk resepi, ada di bawah yer.

Selamat mencuba!

🍴 Serawa @ Santan Durian

Seronoknya musim durian... Lebih-lebih lagi sekarang ni durian tengah berlambak dan harganya dah jadi lebih murah. Enche Neezam kerap pulak bawak balik durian. Macam-macam jenis dan sedap-sedap semuanya. Puas makan.

Dah puas makan durian, kita buat serawa @ santan durian pulak. Sedapnya kalau dapat makan dengan roti jala atau pulut. Tapi kalau tak sempat nak menjala roti atau mengukus pulut, makan dengan roti jer pun sedap!

Masa durian tengah murah ni lah sesuai buat serawa @ santan durian ni. Kalau tak... memang makan durian macam tu jer lah. Sekelip mata habis. Hehehe...

Oden

السلام عليكم

Hujung minggu yang lepas aku berkesempatan buat oden untuk breakfast bersama-sama dengan anak-anak. Buat sendiri puas makan. Niesreena dan Naufal kata, oden yang disediakan ni lebih sedap daripada yang diorang makan kat Aeon dan Family Mart.

Huhuhu... beli jiwa mama betul...

Sebenarnya mudah jer nak sediakan oden ni. Semua rempah beli dah siap. Tinggal masukkan jer dalam periuk. Begitu jugak dengan bebola semua beli dah siap.

Kalau buat sendiri, boleh buat beberapa kali sebab portion bebola satu pek yang banyak. Atau boleh makan ramai-ramai.

Resepi kali ni aku buat untuk makan berempat jer kat rumah. Jom buat.

Resepi ada di bawah.