Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ayam Masak Merah @ Ayam Masak Tomato

السلام عليكم

Ada orang panggil masakan ni ayam masak merah. Ada jugak yang panggil ayam masak tomato. Walau apapun panggilannya, resepi dan bahan-bahannya sama jer.

Juadah ni selalunya dihidangkan di kenduri kahwin. Tak tau kenapa ayam masak merah @ ayam masak tomato rumah orang kahwin macam sedap sangat walaupun ayam dia kemain hancur. Huhuhu...

Sepanjang musim PKP ni memang tak der terima jemputan kahwinlah. Jadinya, memang dah lama lah tak makan ni versi orang kahwin. Kalau teringin, masak jer lah sendiri.


Jom cuba!


Ayam Masak Merah @ Ayam Masak Tomato

Bahan-bahannya:-

Ayam 1 ekor
Bawang merah besar 2 biji
Bawang putih 3-4 ulas
Halia 1 inci
Cili giling 4 sudu besar
Serai 1 batang
Buah pelaga 2 biji
Kulit kayu manis 1 batang
Bunga lawang 2 biji
Sos tomato 2 sb
Tomato 1 biji
Kacang hijau
Air 1/2 cawan
Gula 2 sb
Serbuk kunyit 1 sb
Garam dan secukup rasa

Cara-caranya:-

Ayam seekor dipotong 16 atau ikut sukati korang. Goreng dengan garam dan kunyit. Jangan goreng sampai garing sangat.

Dengan sedikit minyak, tumiskan rempah ratus, serai, cili giling dan bahan-bahan yang dikisar iaitu bawang merah, bawang putih dan halia.


Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan sos tomato, gula, garam dan secukup rasa. Gaul sehingga semuanya sebati. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.

Bila dah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng dan tomato.


Gaulkan semua sehingga sekata dan masukkan kacang hijau.


Biarkan masak dalam 2-3 minit dan bolehlah matikan api dapur,

Sedia untuk dihidangkan.


Kalau rajin, bolehlah masak nasi minyak untuk dimakan bersama. Tapi kalau makan dengan nasi putih jer pun dah sedap!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: