Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Masak Lemak Labu & Pucuk Manis

Hari tu aku masak siput sedut goreng bercili... masak sekali masak lemak labu dan pucuk manis ni. Abah kata, kombinasi lauk yang sangat sesuai!

Aku jarang sangat masak labu sebab kat pasaraya yang selalu aku pergi biasanya labu dijual sebiji-sebiji. Besar-besar pulak tu. Banyak sangat untuk dimakan 4 orang.

Kebetulan semalam ke Hero, jumpa pulak labu yang telah siap dipotong dan dijual kepada bahagian-bahagian kecil. Teruslah beli. Ada pulak pucuk manis yang dijual sekali. Hmmmm... sesuai sangat.

Masak Lemak Labu & Pucuk Manis

Bahan-bahannya:-

Labu 1/4 bahagian
Daun pucuk manis 1 ikat
Bawang merah 3 biji
Cili padi 5/6 biji
Kunyit hidup 1 cm
Bawang putih 2 biji
Ikan bilis sedikit
Santan pekat 1 cawan
Air 2 cawan
Gula 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Labu dipotong dadu. Sayur pucuk manis dibuang tangkainya.

Tumbuk bawang putih, cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
Kemudian tumbuk bersama ikan bilis sekadar pecah-pecah sahaja.
Bawang merah dimayang halus.
Masukkan semua bahan di dalam kuali bersama air.

Masak dengan api sederhana besar sehingga labu empuk.
Kemudian masukkan santan, garam dan gula.
Masak lagi sehingga mendidih.
Pastikan sentiasa mengacau supaya santan tak pecah.

Sedia untuk dihidangkan!

#juliescookingwithluv

No comments: