🍴 Ayam Lada Hitam

Biasanya kalau beli ayam, bahagian dada yang paling pening nak masak. Kena sesuaikan dengan masakan. Kalau goreng atau buat sup gerenti tak laku. Semua orang nak cari bahagian yang ada tulang-tulang.

Bahagian dada ayam ni kadang kala aku simpan untuk dimasak sebagai rencah mee goreng, bihun goreng atau nasi goreng. Tapi kali ni buat ayam lada hitam. Hmmmm... laju semua orang makan.

Jom buat!

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan:-

Dada ayam 3 keping
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 biji
Halia 1 inci
Lobak merah 1/2 batang
Daun kucai 1 ikat
Baby tomato 10 biji
Serbuk lada hitam 1 sudu besar
Sos lada hitam 1 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Kicap pekat 1 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Dada ayam dipotong dadu.
Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris halus.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris dengan sedikit minyak.
Goreng dengan api sederhana besar sehingga semua bahan-bahan layu.
Masukkan daging ayam dan goreng sehingga masak.

Masukkan semua sos-sos.

Kacau sehingga semua sebati.
Masukkan lobak merah dan daun kucai.

Tambahkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuali serta garam.

Kacau sehingga kuah pekat.
Kemudian masukkan tomato.

Bolehlah terus matikan api dan dihidangkan.

Selamat menjamu selera!

#juliescookingwithluv

No comments: