Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Nasi Goreng Daging + Petai + Cili Padi

السلام عليكم

Nasi goreng apa sebenarnya ni?

Nasi goreng daging? Nasi goreng petai? Nasi goreng cili padi?

Huhuhuhu... Disebabkan gabung ketiga-tiga elemen... cewah... Kiter panggil nasi goreng ni nasi goreng daging + petai + cili padi. Aci tak?

Hehehhehe...

Tak kisahlah nama apa... asal korang faham dan rupanya pun menawan serta rasanya hmmmm sedapnyaaaa...

Tak sempat nak tangkap gambar nasi goreng dalam pinggan. Sebab masuk pinggan jer terus kena ngap. Huhu...

Nasi goreng yang sedap ialah nasi goreng yang perfect kemasinan dan kekeringan dia. Kena ada rasa masin-masin sikit dan nasinya kena kering lembap-lembap gitu. Barulah ngam...

Dan tambah best kalau guna nasi semalam... yang dah masuk dalam peti ais semalaman. Serius... memang beza kalau goreng nasi yang baru dimasak. Tak caya? Cuba!

Nasi Goreng Daging + Petai + Cili Padi

Bahan-bahannya:-

Nasi putih 4 cawan
Cili padi 10-15 tangkai *ikut tahap kepedasan korang nak
Bawang merah 5-8 biji
Bawang putih 2 ulas
Ikan bilis segenggam
Daging dihiris nipis
Petai
Telur 2 biji
Garam dan secukup rasa

Daging telah direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis.

Cara-caranya:-

Tumbuk halus cili padi, bawang merah dan bawang putih. Kalau malas nak tumbuk, boleh jer mesin. Tapi mak kata, kalau tumbuk lagi sedap.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.

Bila bahan yang ditumis dah garing, masukkan garam dan secukup rasa.

Kemudian bolehlah masukkan petai dan daging. Daging tu aku dah rebus nak pressure cooker terlebih dahulu supaya lembut.

Gaulkan semua dan masukkan telur.

Gaulkan hingga telur cukup masak. Kemudian bolehlah masukkan nasi.

Gaul sebati. Aku akan masak lebih kurang 10 mint dengan api sederhana besar supaya nasi elok-elok lembap jer. Tak kering sangat dan tak basah sangat.

Dah siap! Bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: