Tuesday, July 12, 2016

๐Ÿด Telur 100 tahun @ Telur padi dengan bawang

Ada orang panggil ini telur 100 tahun, ada jugak yang panggil telur padi dan dalam bahasa Inggerisnya ia dipanggil Century Egg.

Rupanya pelik dan namanya menyebabkan orang geli nak makan.

Telur ni kegemaran enche Neezam. Dulu aku pun geli nak makan. Tapi lama-kelamaan baru terasa sedapnya.

Warna telur ni hitam dan kelihatan seperti jeli dan strukturnya pun memang rasa macam jeli.

Ini cara ringkas untuk menghidangkan telur padi ni.

Telur Padi

Bahan-bahan:-

Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
Cili padi 2-3 biji
Cili merah
Minyak zaiton untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Semua bahan-bahan dimayang halus.
Di dalam kuali, letak sedikit minyak dan goreng semua bahan yang telah dihiris halus tadi dengan api sederhana besar.
Matikan api dan hidang di dalam pinggan.
Kupas telur dan bersihkan telur yang telah dikupas dengan air masak.
Potong telur kepada 4/6 bahagian.
Siap untuk dihidangkan.

Korang macam mana? Selera tak nak makan telur padi ni?

#juliescookingwithluv

No comments: