Sunday, July 10, 2016

🍴 Thai Green Tea @ Chatramue

Aku jatuh hati dengan Chatramue ni sejak melancong ke Krabi tahun lepas. Teh hijau yang sangat wangi dan rasanya yang sedap dan menyegarkan!

Sebelum balik, aku beli beberapa paket untuk dibawa balik.

Cara buat Thai Green Tea ni sama jer dengan cara buat teh tarik. Tapi tehnya tidak boleh terlalu banyak. Kalau tak, rasa teh akan rasa pahit dan agak kelat.

Thai Green Tea @ Chatramue

Bahan-bahan:-

Teh hijau chatramue 2 sudu besar
Susu pekat manis 8 sudu besar
Air panas 500ml

Cara-caranya:-

Rendam teh hijau dengan air panas yang baru mendidih. Biarkan selama 5 minit supaya teh kembang.
Tapis teh ke dalam bekas lain.
Masukkan susu pekat manis dan kacau sehingga sekata. Sukatan susu pekat manis bergantung kepada tahap manis yang korang suka.
Kalau suka sejuk, bolehlah dicampurkan dengan ais.

Teh hijau Thai ni memang sedap diminum samada ketika panas mahupun sejuk! Ketika sarapan mahupun minum petang!

Yummeh!

#juliescookingwithluv

No comments: