🍴 Rendang Ayam Cili Api @ Negeri Sembilan

Rendang cili api ni merupakan rendang kegemaran aku. Rendang cili api ni jugak dikenali sebagai rendang Negeri Sembilan. Berbanding dengan rendang biasa, rendang cili api ni lebih pedas. Dah namanya rendang Negeri Sembilan kan... mestilah pedas.

Selalu makan rendang warna coklat kan. Kali ni buat rendang warna kuning plak. Sedap jugak kalau makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi panas-panas pun sedap!

Rendang Ayam Cili Api @ Rendang Ayam Negeri Sembilan

Bahan-bahannya:-

Ayam 1 ekor
Cili api (merah/hijau) 5-10 biji, ikut tahap pedas korang
Bawang merah 8/10 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
Serai 3 batang
Kunyit hidup 1 inci
Daun kunyit 2 helai
Santan pekat 1 cawan
Asam keping 3  keping
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyi hidup dan serai dikisar sehingga halus.
Ayam dibersihkan dan dimasukkan ke dalam kuali.
Masukkan sekali bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan garam serta asam keping.

Gaulkan semua bahan.

Masak dengan api sederhana kecil.
Aku masak rendang memang tak tumis dengan minyak. Nanti minyak ayam akan keluar sendiri yang membuatkan rendang ni berminyak.
Masak sehingga kuah menjadi pekat. Sesekali kacau supaya tidak hangit.

Minyak ayam dah keluar.

Masukkan santan dan gula.
Gaul sebati dan biarkan masak lebih kurang 10 minit lagi.
Kemudian masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.

Gaulkan sebati.
Biarkan seketika dan boleh matikan api.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: