🍴 Masak Lemak Kacang Buncis Dengan Udang

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Seminggu tak update resepi kat blog ni. Aku dan keluarga bercuti sepanjang minggu yang lepas. So, tak der masa nak mengadap laptop. Masa yang ada aku peruntukkan betul-betul buat keluarga; suami dan anak-anak.

Seminggu yang lepas aku dan keluarga jalan-jalan cari makan di Johor Bahru. Yang paling sedap, tentulah murtabak Singapore dan murtabak cheese. Terbaik! Dalam seminggu tu jugak bercuti kat rumah mertua. Ada kenduri... menu terbaik beriani kambing dan sup gear box! Hmmm... compom naik berat badan aku ni. Sakan makan!

Seminggu tak update resepi, hari ni nak update resepi yang mudah dulu. Nak kena cari feel update blog resepi ni supaya tak diserang 'sarang labah-labah'. Hehehhe...

Hari ni nak kongsi resepi masak lemak kacang buncis dengan udang. Resepi ni sangat mudah tapi sedap. Sesuai untuk orang dapur yang nak cepat sediakan masakan. Jom kita cuba!

Masak Lemak Kacang Buncis Dengan Udang

Bahan-bahan:-

Kacang buncis 10-15 batang
Udang 10 ekor
Cili padi 4 biji
Kunyit hidup 1 cm
Bawang putih 2 biji
Santan pekat 1 cawan
Air 2 cawan
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Kacang buncis dipotong 3 dan udang dibuang muncung dan ekornya. Kemudian dibersihkan.

Cili padi, bawang putih dan kunyit hidup ditumbuk lumat.

Di dalam periuk masukkan semua bahan-bahan dan masak dengan api yang kecil.
Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
Bila dah mendidih dan udang dah bertukar merah, bolehlah matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Senang kan.

Satu lauk pun dah cukup; ada udang dan ada sayur. Makan dengan nasi panas-panas dan kicap!

Nyum!

#juliescookingwithluv

No comments: