Double Cheese Burger

Tengahari tadi ke pasaraya, terjumpa roti burger yang ada bijan ni. Jarang jumpa sebenarnya. Biasanya roti burger yang takder bijan jer aku jumpa. Hmmm... terus teringin nak makan burger. Hehehehe...

Niesreena dan Naufal pun apa lagi... order macam kat gerai burger jer... Nak cheese lebih lah... Tak nak bawanglah... Nak daging lebihlah... Amboi...

Mama buat sama jer semua ye; Double Cheese Burger.

Double Cheese Burger
* untuk 4 orang*

Bahan-bahannya:-

Roti burger 4 buku
Daging burger 4 keping
Telur 4 biji
Bawang besar 1 biji dimayang halus
Salad
Sos cili
Lada hitam / lada putih
Butter untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Bakar daging burger dengan sedikit butter.
Bakar kedua-dua bahagian daging sehingga masak.

Di dalam mangkuk, pukul 1 biji telur sehingga agak kembang.
Goreng telur dengan nipis. Sebaik-baiknya menggunakan periuk non-stick.

Kemudian letakkan daging yang telah digoreng tadi di tengah-tengah telur dan balutkan.

Roti burger dibahagi dua dan dibakar dengan sedikit butter.
Boleh sediakan burger dengan memasukkan daging, cheese, salad, bawang, lada hitam / lada sulah dan sos di antara roti. Boleh jugak dimasukkan bahan-bahan lain jika dirasakan perlu dan sesuai.

Alhamdulillah... simple jer makan malam ni, tapi kenyang...

#juliescookingwithluv

No comments: