Friday, September 23, 2016

Sambal Tumis Udang Kecil Dengan Petai

Udang kecik ni memang sedap kalau buat sambal. Makan dengan nasi panas-panas memang terbaik. Tapi aku suka jugak kalau makan dengan roti. Perrrggghhhh!

Kalau buat lauk makan dengan nasi lemak pun sedap tau.

Jom kiter buat!

Sambal Tumis Udang Kecil Dengan Petai

Bahan-bahan:-

Udang kecil putih 500 gm
Petai 100 gm
Bawang merah 7-10 biji
Bawang putih 3 biji
Cili giling 5 sudu besar
Asam jawa 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Bersihkan udang. Buang kulit, kepala dan ekor udang.
Petai dibelah dua.

Bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar bersama-sama dengan cili giling.

Tumis sehingga bahan-bahan di dalam kuali pecah minyak dan garing.
Kemudian masukkan udang dan petai.

Gaul sebati.

Masukkan pula asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Goreng beberapa minit lagi dan bolehlah matikan api dapur.

Siap untuk dihidangkan!

#juliescookingwithluv

No comments: