Sunday, July 3, 2016

๐Ÿด Lemang Periuk Kera

Sejak beberapa minggu lepas di facebook sana sini orang sibuk makan lemang periuk kera. Katanya sejak tengok cerita upin dan ipin. Ye ke? Hahahhaha... Berpengaruh sungguh walaupun hanya cerita kartun.

Hari Jumaat yang lepas, kawan sepejabat bagi 10 kelongsong periuk kera. Excited sangat rasanya! Mesti cuba!

Lemang Periuk Kera

Bahan-bahannya:-

Periuk kera 10 kelongsong
Beras pulut 1 cawan
Santan pekat 2/3 cawan
Air 1/3 cawan
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bersihkan periuk kera. Potong bahagian mulut periuk kera tersebut dan keluarkan satu lapisan bahagian dalam. Periuk kera yang aku dapat dah siap dibersihkan. Terima kasih kak Maznah!

Beras pulut hendaklah direndam selama 3/4 jam. Lama lagi pun okay.
Santan pekat dicampurkan dengan air dan garam secukup rasa.

Susun periuk kera di dalam loyang yang akan dikukus.

Aku letakkan cawan ditengah-tengah bagi mengelakkan kelongsong periuk kera tersebut jatuh. Ini disebabkan bentuk kelongsong yang bujur dan tak stabil untuk 'berdiri' tegak.
Masukkan beras pulut ke dalam kelongsong sebanyak 1/3 penuh.

Kemudian masukkan santan sehingga menutup beras pulut yang ada di dalam kelongsong.

Kukus selama 20-25 minit.

Inilah rupa lemang periuk kera yang telah dimasak. Bau dia... semerbak dapur!

Rasanya memang macam lemang. Hahahahah... memanglah kan... Tapi ada rasa lain sikit dan lembut! Sedap!

Sedap sangat dimakan dengan rendang. Malam tadi sempat buat rendang daging untuk dimakan bersama.

Malam tadi makan waktu berbuka, Niesreena makan paling banyak. Ingatkan bebudak tak suka...

Alhamdulillah... percubaan pertama yang berjaya!

#juliescookingwithluv

No comments: