Sunday, July 3, 2016

🍴 Rendang Daging

Semalam buat lemang periuk kera. So, buatlah rendang daging untuk dimakan bersama. Barulah ngam makan lemang kan...

Jadilah makan lemang pra-Syawal.

Jom try resepi ni. Bolehlah masak pada malam atau pagi raya nanti.

Aku kalau masak rendang memang tak tumis. Masuk terus dengan daging sebab daging akan terus meresap rempah.

Rendang Daging

Bahan-bahan:-

Daging 300 gm
Santan pekat 1/2 cawan
Kerisik kelapa 2 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Daun limau purut 2 helai
Daun kunyit 3 helai dimayang halus
Asam keping 2 keping

Bahan-bahan dikisar:-

Minyak masak 1/2 cawan
Serai 4/5 batang
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inci
Lengkuas 1 inci
Cili giling 3 sudu besar

Cara-caranya:-

Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Gaul rata dan masak dengan api sederhana besar. Biarkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan santan.

Masukkan daun limau purut dan asam keping serta gula dan garam.

Bila daging dah agak-agak empuk, masukkan kerisik. Bila dah masukkan kerisik, warna akan bertukar sedikit gelap. Gaul rata.
Masukkan daun kunyit yang telah dimayang halus. Biarkan selama beberapa minit, atau hingga kering, ikut suka korang.

Bolehlah dihidangkan.

Senang jer kan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: