Tuesday, September 27, 2016

Tauge Besar Goreng

Siapa suka makan tauge?

Tauge kepala besar?

Nyuuummm... sedap kan...

Masakan yang mudah tapi memang sedap. Bila dihidangkan, sekali hadap jer licin.

Huhuhuhu...

Jom tengok resepi mudah ini di sini.

Tauge Besar Goreng

Bahan-bahan:-

Tauge besar 100 gm
Daun kucai
Tauhu 2 keping
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 biji
Cili merah 1 biji
Ikan bilis
Air
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang halus.
Tumiskan juga sedikit ikan bilis.

Masukkan tauhu dan goreng seketika.
Kemudian masukkan sedikit air.

Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan daun kucai dan tauge.
Gaul sebati.

Goreng dalam beberapa minit dan boleh matikan api.
Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: