Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (19) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Siput Sedut Goreng Berlada dan Tips membersihkan siput sedut

Naufal suka sangat makan siput. Agak mengejutkan jugak sebab Naufal ni seorang picky eater. Sayur tak nak makan. Yang pelik sikit tak nak makan. Tapi siput dia suka pulak.

Biasanya aku dan enche Neezam jadi 'tukang sedut' siput untuk Niesreena dan Naufal. Then diorang akan tarik keluar siput tu dan makan!

Kalau ikutkan aku masa kecik, kalau makan siput, dah sedut tak nak keluarkan semula. Sebab geli tengok rupanya yang hijau-hijau. Geli. Huhuhu...

Kitorang suka siput sedut goreng berlada. Tak terlalu pedas dan ada rasa-rasa manis sikit. Sedap!

Resepi ni jugak sangat mudah.

Cuma yang buat lambatnya bila kena potong belakang siput tu satu persatu. Agak mengambil masa jugaklah. Tapi nak makan punyer pasal... redhoooo jer lah.

Tips membersihkan siput sedut

Siput sedut yang baru dibeli dipasaraya biasanya masih disaluti lumpur dan berbau busuk.

Untuk membersihkan siput sedut dan menghilangkan bau, mula-mula bersihkan tanah-tanah yang bersalut di siput-siput tersebut.
Kemudian, gaulkan siput-siput tersebut dengan hampas kelapa.
Biarkan seketika. Kalau lebih baik, biarkan semalaman.
Pastikan simpan di dalam bekas yang bertutup atau tutup dengan menggunakan tapis. Kalau tak, takut siput-siput tu melarikan diri. Huhuhu...
Bila dah nak masak, bolehlah bilas siput-siput tadi dari hampas kelapa tu.
Dan bolehlah potong bahagian belakang siput.
Bersihkan sekali lagi dengan air.
Insya Allah... bersihlah siput dari lumpur dan bau busuk.

Kalau korang dah masak siput dan siput tu berlendir masa korang makan, maksudnya siput tu dah tak fresh. Dah mati sebelum dipotong bahagian belakangnya.

Siput Sedut Goreng Berlada

Bahan-bahannya:-

Siput sedut 500gm
Cili kering 4/5 biji
Cili merah 1/2 biji
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 2 biji
Sos cili (life) 2 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Air
Minyak untuk menumis


~Jari enche Neezam nak enterframe gakssss~

Cara-caranya:-

Tumbuk cili kering, cili merah, bawah merah dan bawang putih sehingga lumat. Kalau korang malas atau tak der masa nak tumbuk, kisar jer semuanya. Tapi kalau ditumbuk mesti lagi sedap!

Tips mudah untuk tumbuk cili kering di sini.

Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi.

Tumis sehingga pecah minyak dan garing.
Kemudian masukkan garam, gula, cili sos dan sedikit air.

Gaul sebati.
Kemudian masukkan siput.

Masak dalam 5-10 minit.
Bolehlah dihidangkan.

#juliescookingwithluv

No comments: