Tuesday, August 16, 2016

Nasi Goreng Cina

Nasi goreng kegemaran keluarga aku ialah nasi goreng cili padi. Kitorang memang suka nasi goreng pedas-pedas. Tapi memandangkan tetiba kehabisan cili padi dan agak malas nak keluar membeli, so, terpaksalah goreng nasi tanpa cili. Jadilah nasi goreng cina.

Nasi goreng cina ni pun mudah disediakan dan sedap juga. Cuma kurang pedas.

Jom kita tengok cara penyediaannya.

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahannya:-

Nasi sejuk 4 cawan
Sayur campur 1 cawan
Udang 7/8 ekor
Sotong 2/3 ekor
Dada ayam 1 keping
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 biji
Lada sulah 1 sudu besar
Serbuk cukup rasa Meggi 1 sudu kecil
Garam secukup rasa
Minyak bijan 2 sudu besar
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:-

Dada ayam dipotong kecil-kecil.
Sotong dan udang dibersihkan. Udang diasingkan kulit dan kepala.
Aku biasanya akan menggoreng bahagian kulit dan kepala udang supaya dapat rasa udang pada minyak yang akan digunakan untuk menumis.

Bila kulit dah bertukar merah dan garing, bolehlah dikeluarkan segala kulit dan kepala udang tersebut.
Tapi kalau 'tak kuasa' nak goreng kulit udang ni pun tak per... Cuma panaskan minyak masak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang halus.

Bila dah naik bau, masukkan pula sayur campur.

Goreng sehingga kacang hijau menjadi lembut.
Kemudian campurkan isi ayam, udang dan sotong.

Masukkan juga garam, lada putih dan serbuk cukup rasa.

Gaul rata dan kemudian masukkan nasi, telur dan minyak bijan.

Gaul rata sehingga nasi kering.
Sedia untuk dihidangkan!

#juliescookingwithluv

No comments: