Asparagus Goreng dengan Udang dan Telur

Korang kalau masak asparagus selalu masak apa? Aku selalu goreng jer dengan udang dan telur. Mmmmmm sedapnya. Kalau ratah begitu sajer pun best. Menu ni, kalau dihidangkan, sekali hadab jer habis.

Jom kita cuba menu ni.

Asparagus Goreng dengan Udang dan Telur

Bahan-bahan:-

Asparagus 5 batang
Udang 5/6 ekor
Telur 1 biji
Bawang putih 2 biji
Cili merah 1 biji
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
Sos tiram 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Udang dibersihkan dan dikopek kulit dan kepalanya.

Di dalam kuali, goreng bawang putih dan cili merah yang telah dipotong halus dengan minyak zaitun.

Kemudian masukkan telur yang telah dipukul.

Hancurkan telur tersebut.
Kemudian masukkan asparagus dan sos tiram.
Masukkan juga garam dan serbuk lada hitam.

Gaul sebati dan masukkan udang.

Bila dah bertukar merah, bolehlah dihidangkan.

#juliescookingwithluv

No comments: