Saturday, August 27, 2016

Ikan Talapia Masak Sambal

Naufal suka sangat makan ikan talapia goreng sambal ni. Naufal suka bahagian yang garing-garing. Krup krap krup krap Naufal menggatah sehingga ke bahagian sirip ikan.

Ikan talapia ni memang sedap kalau digoreng garing-garing. Tapi bila dah disambalkan, hanya beberapa bahagian jer lah yang garing. Jadinya, kalau nak kekalkan kegaringannya, bila dah nak makan, barulah tuangkan sambal pada ikan.

Ikan Talapia Masak Sambal

Bahan-bahannya:-

Ikan talapia 3 ekor
Cili giling 2 sudu besar
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 3 biji
Asam jawa 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Kunyit 1 sudu kecil
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Bersihkan ikan dengan menggunakan tepung gandum. Biarkan beberapa ketika. Bilas dan kemudian lumurkan asam jawa. Biarkan beberapa ketika lagi dan bilas dengan air bersih. Ikan akan hilang lendir dan bau hanyir.

Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam.
Gorengkan sehingga garing.

Angkat ikan dan tuskan minyak.

Kisar 1 biji bawang merah dan bawang putih bersama-sama dengan cili giling. Satu biji lagi bawang merah dihiris.
Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Kalau nak cepat siap, sementara goreng ikan, boleh mula menggoreng sambal.
Bila sambal dah pecah minyak, bolehlah masukkan asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan juga hirisan bawang besar.

Bila dah sedia nak makan dan dihidangkan, bolehlah tuangkan sambal ke atas ikan.

Yummy! Sedapnya!

#juliescookingwithluv

No comments: