Telur Puyuh Masak Tomato

Telur puyuh ni memang kegemaran Niesreena dan Naufal. Aku rasa, bukan anak-anak aku jer, tapi kebanyakkan bebudak memang suka sangat telur kecik ni.

Kalau tengah masak telur puyuh ni, memang kena sorok-sorok. Kalau tak... tak sempat buat lauk dah tinggal separuh diratah bebudak.

Telur Puyuh Masak Tomato

Bahan-bahannya:-

Telur puyuh 24 biji
Tomato 2 biji
*disebabkan kat rumah ada tomato ceri, so aku pakai tomato ceri jer
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 2 biji
Halia 1 inci
Gula 1 sudu kecil
Daun limau purut 1 helai
Sos tomato 5 sudu besar
Air ½ cawan
Garam secukup rasa

Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Tumiskan semua bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Bila bahan-bahan dah layu, masukkan tomato.

Tambahkan sos tomato, air, gula dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan telur puyuh dan gaul semua sehingga sebati.

Siap untuk dihidangkan!

#juliescookingwithluv

No comments: