Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ayam Butter Milk Cheese

السلام عليكم

Dada ayam, kalau buat menu ni, memang laju jer habis. Alhamdulillah...

Memang sedap. Kalau tak makan dengan nasi, ratah macam tu sahaja pun sedap. Anak-anak memang tak sabar nak makan bila tengok menu ni yang terhidang atas meja. Hmmmm... bukan anak jer tak sabar. Tukang masak ni pun terliur jugak. Lebih-lebih lagi bau yang creamy satu rumah. Memang lapar teruk jadinya. Huhuhu...

Resepi seperti di bawah. Lepas baca... mesti kena cuba buat ok!

Selamat mencuba!

Ayam Butter Milk Cheese

Bahan-bahannya:-

Dada ayam 2 keping
Tepung jagung 1 cawan
Rempah kari 3 sudu besar
Butter 4 sudu besar
Daun kari segenggam
Cili padi 5-8 tangkai
Bawang putih 3 ulas
Keju cheddar 2 keping
Serbuk lada putih 1 sudu kecil
Susu segar / susu cair 2 cawan
Garam dan secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Dada ayam dihiris nipis.

Kemudian disalut dengan adunan tepung jagung, rempah kari, garam dan sedikit air.

Goreng secara deep fry sehingga kekuningan. Kemudian ketepikan.

Di dalam kuali lain. Panaskan butter sehingga cair.

Kemudian tumiskan cili padi dan bawang putih yang telah dihiris halus serta daun kari. Goreng sehingga semua agak garing.

Kemudian masukkan susu.

Bila susu dah mendidih, masukkan hirisan keju dan serbuk lada putih.

Perasakan dengan sedikit garam. Bila keju dah cair, bolehlah masukkan hirisan dada ayam yang telah digoreng tadi.

Kacau sehingga semuanya sebati, sehati dan sejiwa.

Sedia untuk dihidangkan!

Cubalah buat... anak-anak mesti suka!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: