Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ayam Masak Kicap Berempah

السلام عليكم

Tu dia... Likat memikat ayam masak kicapku. Huhuhu...

Sejak kenal kicap pekat ABC, memang kalau masak ayam masak kicap, memang wajib pakai kicap tu. Dan biasanya aku masak menu ni mesti letak sedikit rempah-rempah. Naik bau dia dan memang sedap tau. Korang pun mesti cuba.

Nak resepi ayam masak kicap berempah yang pekat likat memikat macam ni, ada di bawah.

Ayam Masak Kicap Berempah

Bahan-bahannya:-

Ayam 10-15 ketul kecil-kecil
Serbuk kunyit 1 sudu besar
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 inci
Cili padi 5-8 biji
Kicap pekat ABC 5-6 sudu besar
Sos lada hitam 2 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Kentang 2 biji
Asam keping 1-2 keping
Kulit kayu manis 1 keping
Bunga lawang 3-4 biji
Pelaga 1-2 biji
Garam dan secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:-

Ayam yang telah dibersihkan dan kentang dilumur dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

Goreng secara deep fry. Jangan terlalu garing.

Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak untuk menumis dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia yang telah dimayang halus serta kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.

Goreng seketika. Kemudian masukkan kicap, sos lada hitam, sos tomato dan kulit kayu manis. Masukkan juga garam dan secukup rasa. Gula tak perlu yer sebab kicap dah cukup manis.

Gaul semua sehingga sebati. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi.

Gaulkan semua sehingga sebati dengan ayam. Boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering.

Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: