Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (8) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (15) Sardin (2) Sayur (21) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Kari Daging

السلام عليكم

Ingatkan hari raya yang lepas dah puas makan daging dan ayam, so minggu ni tak naklah masak daging. Tetiba husband request nak makan kari daging pulak. So, kiter buatlah. Lagipun memang dah lama tak makan kari daging.



Kari daging cara aku ni gerenti sedap. Huhuhu... Meh lah cuba.

Kari Daging

Bahan-bahannya:-

Daging batang pinang 400 gm
Bawang merah 4-5 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Halba campur 1 sk
Kulit kayu manis 1 batang
Buah pelaga 2 biji
Bunga lawang 1 biji
Rempah kari danging 4 sb
Daun kari 4 tangkai
Santan pekat 1/4 cawan
Air 5-7 cawan
Kuih pati lembu 1 kiub
Asam keping 1 keping
Kentang 2 biji
Lobak merah 1/2 biji
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Daging dihiris halus. Kalau gunakan daging batang pinang, tak perlu rebus dulu. Tapi kalau tak gunakan daging batang pinang, baik rebus dulu supaya daging lembut.


Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. 


Kemudian tumiskan bersama-sama daun kari dan rempah-rempah lain kecuali rempah kari.


Bila bahan tumisan dan agak layu, masukkan daging dan rempah kari.



Gaulkan semua sehingga sebati untuk seketika.


Tambahkan air dan kentang. Masak sehingga kentang empuk. Kalau air berkurangan atau kering, bolehlah tambah air dari masa ke semasa.


Bila kentang dah hampir empuk, tambahkan garam, kiub lembu dan asam keping.


Masukkan jugak lobak merah.


Akhir sekali, masukkan santan pekat.


Masak dalam 3-5 minit lagi dan siap!


Alhamdulillah... sedap, pekat memikat kari dagingku. Sedap makan dengan nasi panas-panas, banjir-banjir. Kalau dapat makan dengan lempeng lembik pun sedap!


Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: