Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa

السلام عليكم

Biasanya ikan cencaru ni aku bakar begitu sahaja. Kalau balik kerja baru nak masak, memang fikir menu yang mudah-mudah jer. Tapi kali ni aku sumbat sambal kelapa. Tak lah susah pun nak buat. Senang jer. Rasanya pun sedap. Makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat!

Jom cuba resepi mudah ni.

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa

Bahan-bahan:-

Ikan cencaru 3 ekor
Kelapa parut putih 1 cawan
Cili merah 4 batang
Bawang putih 1 ulas
Serai 1 batang
Bawang merah 5-6 biji
Limau kasturi 4 biji
Gula 1 sudu kecil
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Bersihkan ikan cencaru dan kelar di bahagian belakang ikan untuk dijadikan poket.

Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan serai sehingga halus.

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak.

Tumis sehingga bahan-bahana tersebut agak garing. Tambahkan garam dan gula.

Kemudian masukkan kelapa parut dan perahan air limau.

Gaul semuanya sehingga sebati.

Sumbatkan sambal kelapa ke dalam poket ikan. Pastikan padat supaya sambal kelapa tak terkeluar ketika dibakar.

Bakar ikan lebih kurang 5 minit setiap bahagian. Aku tak suka kalau ikan bakar kering sangat.

Sedia untuk dihidangkan!


Boleh dihidangkan begitu sahaja atau kalau korang suka makan dengan air asam pun ok.

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: