Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (19) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Ayam Geprek

السلام عليكم

Sebenarnya dah lama nak buat ayam geprek ni. Tapi asyik tertunda sebab asyik terlupa nak beli tepung Bestari. Akhirnya buat jugak tanpa gunakan tepung Bestari. Alhamdulillah... menjadi! Anak-anak pun suka. Malah lebih sedap dari ayam KFC kata diorang. Pandai ambil hati mama... hahaha...


So, korang kalau nak buat, tapi tak der tepung Bestari kat rumah, bolehlah cuba resepi ni.

Ayam Geprek

Bahan-bahan perapan ayam

Ayam 1 ekor dipotong 4 bahagian
Bawang putih 4 ulas
Jus limau (lemon/limau nipis/limau kasturi) 3 sudu besar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan salutan ayam

Tepung jagung 1 cawan
Tepung beras 1 sudu besar
Tepung gandum 1 sudu besar
Serbuk lada sulah 1 sudu kecil
Telur 1 biji
Meggi cukup rasa 1 sudu kecil
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sambal geprek

Cili padi merah (Thai) 10-15 biji - ikut pedas korang nak
Cili merah 4-5 batang
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 2 ulas
Tomato 1 biji
Gula 1 sudu besar
Garam secubit

Cara-caranya:-

Mulakan dengan perap ayam terlebih dahulu.
Tumbuk bawang putih sehingga lumat dan lumurkan pada ayam bersama-sama dengan bahan-bahan perapan yang lain.

Sementara ayam diperap, bolehlah sediakan sambal geprek.
Gorengkan semua bahan-bahan sambal geprek. Goreng dengan sedikit minyak sehingga garing.

Kemudian tumbuk semua bahan-bahan tersebut. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.

Tumbuk semua sehingga lumat.

Kemudian bolehlah sediakan ayam pula.
Pecahkan sebiji telur di dalam perapan ayam tadi. Lumur telur ke seluruh ayam sehingga rata.

Di dalam mangkuk lain, satukan semua bahan-bahan salutan ayam. Lumurkan ayam satu persatu di dalam tepung.

Kemudian goreng secara deep fry dengan api sederhana sehingga kekuningan.

Lebihan telur yang perap ayam tadi boleh tambahkan dengan sedikit tepung salutan ayam dan goreng. Jadi kriuk-kriuk.

Sapukan sambal pada ayam.

Bolehlah dihidangkan bersama-sama tempe dan tauhu goreng beserta sup kosong.

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram#juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: