Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (8) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (15) Sardin (2) Sayur (21) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Sambal Goreng Jawa Simple

السلام عليكم

Hari ni aku nak kongsi antara resepi juadah kegemaran kitorang sekeluarga. 

Sambal goreng jawa!


Kali ni buat yang simple-simple jer. Apa-apa bahan yang ada kat rumah jer. Tapi kebanyakan bahan utama ada. Cuma hati dan pedal jer tak der. Kalau ada masuk, mesti lagi umppphhh! Tapi simple-simple pun sedap jugak. Licin jer Khairunn-Khairunn aku makan. Huhuhu...

Abah aku memang keturunan jawa. So, dulu masa kecik-kecik setiap kali balik beraya di Tapah Road, arwah opah dan makcik-makcik memang akan sediakan sambal goreng ni. Lepas tu bila dah kahwin, ayah mertua pun mesti sediakan sambal goreng setiap kali hari raya.

Aku suka ratah jer sambal goreng ni. Huhuhu... sedap!

Jom cuba resepi ni.


Sambal Goreng Jawa Simple

Bahan-bahannya:-

Bawang merah 3 biji - dikisar
Bawang putih 2 biji - dikisar
Cili giling 2 sb
Cili merah 1 tangkai dihirs halus
Udang geragau 1 sb
Kicap pekat ABC 2 sb
Tempe 2 keping
Tahu 1 keping
Kentang 1 biji
Kacang panjang 5 batang
Fucuk kering 2 keping - direndam terlebih dahulu
Suun segenggam - direndam terlebih dahulu

*kuantiti bahan-bahan goreng boleh dikurangkan atau dilebihkan ikut sukati korang


Cara-caranya:-

Gorengkan tempe, tahu dan kentang. Kemudian ketepikan.


Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.


Goreng sehingga pecah minyak. 

Kemudian masukkan udang geragau dan kicap pekat.



Masukkan fucuk kering dan suun yang telah direndam terlebih dahulu.


Gaulkan sekata dan kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.


Gaulkan semuanya sehingga sekata dengan sambal.


Bila dah agak kering, bolehlah matikan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

Instagram #juliescookingwithluv

No comments: