Thursday, October 26, 2017

Buttered Prawn

السلام عليكم

Memula jatuh cinta dengan buttered prawn ni bila makan kat kedai Chinese muslim. Terus jatuh cinta. Memang kagum betul dengan floss telur dia. Sedap giler.

Pastu, bila teringin nak makan, cubalah buat sendiri. Floss tu memang susah nak jadi macam kat kedai. Tapi practice makes perfect. Lama-lama buat semakin menjadi walaupun tak 100% sama macam kat kedai. Bolehlah... nak makan sendiri.

Sebenarnya nak buat buttered prawn ni memang senang sangat! Bahan-bahan pun mudah jer sebenarnya.

Tak caya? Jom cuba!

Buttered Prawn

Bahan-bahannya:-

Udang 10 ekor
Butter
Bawang putih 3 ulas
Cili padi 5-8 biji
Daun kari
Kuning telur 2 biji
Susu cair 1/4 cawan
Minyak masak 1 cawan

Cara-caranya:-

Bersihkan udang; gunting muncung dan ekor dia sikit.

Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga lumat. Kalau korang suka pedas, letaklah cili padi lebih sikit.

Panaskan kuali dan masukkan butter. Butter banyak mana yer? Korang agak-agaklah untuk menumis dan goreng udang-udang tu.

Kemudian masukkan udang-udang tu tadi. Goreng hingga udang bertukar warna keemasan dan boleh tutup api.

Bolehlah di masukkan ke dalam pinggan hidangan.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Minyak kena banyak ala-ala deep fry.

Pukul kuning telur dan masukkan sedit garam. Jangan pukul sampai kembang sangat. Lebih kurang macam nak buat telur dadar jer.

Bila minyak dalam kuali dah panas, tuangkan kuning telur perlahan-lahan dalam kuali dan tangan sebelah lagi gunakan sudip untuk kacau laju-laju tapi berhati-hati tau.

Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan telur.

Habis jer masuk telur. Masukkan pulak daun kari sikit lagi. Teruskan menggoreng hingga flos betukar warna dari kuning ke keemasan.

Bila dah bertukar warna keemasan, angkat floss ke dalam tapis dan tuskan minyak.

Lepas tu bolehlah taburkan floss kat atas udang-udang tu.

Siap untuk dihidang!

#juliescookingwithluv

No comments: