Tuesday, October 24, 2017

Ayam Pandan Wangi

السلام عليكم

Kalau tengok kat website, ada macam-macam sangat resepi ayam pandan ni. Jadinya, aku gabungkan mana resepi yang aku jumpa dan tolak tambah sikit. Makan jadilah ayam pandan wangi versi aku.

Dan sebab kejadiannya memang sedap! So, aku kongsikan kat sini untuk panduan aku akan datang dan untuk korang cuba.

Resepi ayam pandan versi aku ni memang sangat mudah. Aku tak der gunakan serai atau biji ketumbar semua sebab aku tak suka kalau dalam pandan tak digoreng garing tak sedap, rasa hampas. Jadi aku elakkan gunakan serai dan herba-herba lain. Cuma guna serbuk jer.

Memang sedap. Dan bila goreng, semerbak bau wangi daun pandan.

Jom cuba!

Ayam Pandan Wangi

Bahan-bahannya:-

Dada ayam 2 keping
Bawang merah 4-5 biji
Bawang putih 2 biji
Halia <> 2 cm
Cili giling 1 sb
Serbuk ketumbar 1 sk
Serbuk kunyit 1 sk
Sos tiram 2 sb
Minyak bijan 1 sk
Madu 2 sb
Gula 1 sb
Garam secukup rasa
Daun limau purut 3 helai *dihiris halus*
Daun pandan 10 helai saiz besar

Cara-caranya:-

Dada ayam dipotong dadu. Jangan terlalu kecil.

Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling. Masukkan ke dalam ayam.

Tambahkan juga bahan-bahan yang lain iaitu sos tiram, serbuk ketumbar, minyak bijan, serbuk kunyit, madu, gula dan garam secukup rasa.

Hiriskan daun limau purut dan tambah di dalam perapan ayam.

Perap ayam lebih kurang sejam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Simpan di dalam peti ais.

Aku perap ayam 3 hari sebab tak jumpa daun pandan bersaiz besar. Bila dah siap perap ayam, nak ambik daun pandan yang suami tanam, tengok semuanya kurus-kurus. Terpaksalah simpan ayam yang dah diperap.
Esoknya pergi supermarket pun tengok daun pandan kurus. Terpaksa tangguh lagi.
Lepas 3 hari baru dapat daun pandan, kawan office kasi. Hehehhe...
Sedaplah ayam... 3 hari kena perap! Excited dapat daun pandan dari kawan office. Balik rumah terus proceed projek ayam pandan. Hehehehe...
Ok, untuk balut ayam dalam pandan, mula-mula bentukkan daun pandan jadi macam poket. Kemudian masukkan ayam.

Kemudian kedua-dua hujung daun pandan tu dilipat dan dimasukkan ke bawah lubang.
Tarik kedua-dua bahagian supaya ketat. Kalau tak ketat takut waktu goreng terkeluar pulak ayam tu.

Kemudian goreng secara deep fried dengan api sederhana besar.

Sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan begitu sahaja!

#juliescookingwithluv

No comments: