Bubur merah - bubur putih

السلام عليكم

Tetiba jer enche Neezam nak buat bubur merah - bubur putih. Teringin nak makan katanya. Aku pun dah lama tak makan bubur ni. Last sekali makan rasanya dalam 5 atau 6 tahun lepas. Tu pun sebab ada kawan bawak gi opis.

Buat... memang tak pernah lagi...

Enche Neezam lagilah... katanya last makan bubur ni masa di sekolah rendah lagi. Lama betul tu!

Entah kenapa tiba-tiba pulak mengidam enche Neezam ni.

Bubur merah putih ni biasanya dibuat bila ada kesyukuran. Lebih kurang macam orang buat pulut kuninglah.

So, kali ni nak kongsikan resepi dari enche Neezam.

Jom cuba!

Bubur Merah - Bubur Putih

Bahan-bahannya:-

Beras pulut 3 cawan
Beras 1 cawan
Air 5 cawan
Gula Melaka 1 buku dihiris halus
Daun pandan 3/4 helai
Gula 1 sudu besar (bergantung kepada tahap manis korang)
Santan pekat 200 gm
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Beras pulut direndam terlebih dahulu dalam setengah jam.
Campurkan beras pulut dan beras. Masak sehingga kembang. Boleh tambah air sedikit demi sedikit.

Bila beras dan pulut dah agak masak, masukkan santan dan gaul sehingga sebati.
Siaplah bubur putih.

Tapi bubur putih ni akan dijadikan bubur merah pulak. Tapi sebelum tu asingkan 1 cawan bubur putih ke bekas lain. Masukkan garam secukup rasa ke dalam 1 cawan bubur putih yang telah diasingkan tadi. Bubur putih ni sepatutnya akan rasa lemak-lemak masin sikit. Jangan masin sangat!

Bubur putih yang lebih yang masih di dalam periuk tu dicampurkan pula dengan gula Melaka.

Masuk gambar chef sikit. Hehehe...

Kacau sehingga sebati.

Kalau korang rasa dah cukup manis, tak perlu tambah gula dah. Tapi kalau korang rasa macam tak cukup manis, bolehlah tambahkan gula pasir mengikut tahap kemanisan yang korang suka.

Jangan manis sangat tau. Jaga kesihatan.

Siap!

Bolehlah dihidangkan.

Biasanya bubur merah diletakkan di dalam mangkuk terlebih dahulu dan kemudian letakkan sesudu bubur putih di atasnya seperti dalam gambar di bawah.

Seriusly sedap!

Memang berjaya percubaan enche Neezam walaupun baru buat pertama kali.

#juliescookingwithluv

No comments: