Tuesday, September 19, 2017

Pajeri Nenas

Siapa suka makan pajeri nenas?

Aku suka!

First time masak sendiri pajeri nenas ni masa kat Melbourne. Memang teringin sangat nak makan. So, google dan try buat.

Alhamdulillah... sedap macam masakan emak. Heheheh...

Actually, bagi aku masak pajeri ni agak leceh jugak sebab perlukan banyak bahan bagi satu 'side dish'. Pastu nak kupas nenas lagi. Pun satu masalah jugak. Leceh...

Tapi aku dapat satu penyelesaian bagi masalah kupas nenas. Nenas tu, dari guna buah nenas yang fresh sebijik tu, aku gantikan dengan nenas dalam tin. Hehehehe... Senang dan sedap sebab dah manis!

So, jom kiter try buat pajeri nenas.

Pejeri Nenas

Bahan-bahannya:-

Nenas yang dipotong kepingan 1 tin
Santan pekat ½ cawan
Kerisik 1 sb
Rempah kari daging 2 sb
Sedikit udang kering ditumbuk kasar
Kulit kayu manis 1 batang
Bunga lawang 2 biji
Buah pelaga 2 biji
Air 1 cawan - boleh gunakan air dari tin nenas
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:-

Bawang merah 5 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci

Cara-caranya:-

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dah dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga serta udang kering. Goreng sehingga naik bau.

Masukkan rempah kari dan kerisik kelapa. Gaul sehingga sebati.

Bila tumisan dah garing, masukkan garam secukup rasa dan santan.

Tambahkan air dan masukkan nenas.

Masak sehingga kuah pekat. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: