Setelah sekian lama tak update resepi kat blog ni, as a comeback *cewah* aku ingin kongsikan masakan kegemaran aku dan Niesreena, iaitu asam pedas Melaka. Yang istimewa asam pedas kali ini ialah ia adalah versi yang my emak selalu buat. Memang terbaek!
My emak orang Melakau!
The best asam pedas in the world is my mom's asam pedas. Tak terlawan!
Asam Pedas Ikan Pari ala Melaka My mom's version
Bahan-bahan:-
Ikan pari 500gm Cili kisar 3 sb Paste asam jawa 1 sk Kerisik kelapa 1 sb Serbuk lada hitam 1 sk Serbuk kari ikan 1 sb Air 4 cawan Minyak untuk menumis Garam secukup rasa Bendi 10 biji Tomato 3 biji
Bahan-bahan dikisar:-
Bawang merah 8 biji Bawang putih 2 biji Halia 1 inci
Cara-caranya:-
Panas sedikit minyak untuk menumis dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Dan serbuk kari ikan.
Tambahkan garam dan juga serbuk 'Pasti Sedap' atau 'Cukup Rasa' kalau korang suka. Goreng sehingga garing.
Masukkan air dan ikan yang telah dibersihkan. Dan bila dah mendidih, masukkan kerisik kelapa. Jangan lupa masukkan juga paste atau air asam jawa.
Kemudian masukkan sayur-sayuran yang kita suka. Kali ni aku gunakan sayur kacang bendi dan tomato. Korang boleh jugak masukkan daun kesum atau bunga kantan kalau korang suka.
Masak lagi lebih kurang 5 minit dan boleh tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
Emak aku kata, asam pedas ni, kalau ia makin disimpan lama, ia akan jadi semakin sedap.
So, kalau ada lebihan kuah asam pedas, jangan dibuang. Simpan dalam peti ais semalaman. Esoknya panaskan dan makan dengan roti.
Pergghhh... merecik!
Selamat mencuba!
#juliescookingwithluv
No comments:
Post a Comment