Saturday, September 23, 2017

Sushi

Beberapa minggu lepas aku ada ada beli cuka sushi di Aeon Seremban 2. Sejak beli, Niesreena asyik tanya "Mama, bila nak buat sushi?". Hmmm... bahan semua ada jer kat rumah. Cuma sushi bamboo roll tu jer tak der. Cari kat Mr DIY tak jumpa. Akhirnya jumpa kat Lazada. So, last week aku order, tapi sampai hari ni tak sampai-sampai lagi. Huhuhu...

Akhirnya, aku decide untuk buat jer sushi tanpa gunakan penggulung tu.

Jadi jugak!

Huhuhu...

Sebenarnya nak buat sushi ni senang jer. Memang sangat senang! Bahan-bahan pun mudah.

Resepi sushi dan cara-cara menyediakan sushi ada di bawah.

Jom buat!

Sushi

Bahan-bahan:-

Beras 2 cawan
Air
Cuka sushi 50 ml
Roasted sushi seaweed
Timun cina
Mayonis
Tuna in oil 1 tin kecil
Jagung manis
Jejari ketam - dikukus
Lobak merah 1 batang
Tamagoyaki - resepi Tamagoyaki klik sini.
Garam secukup rasa

Untuk perisa / lauk, aku telah sediakan sweet tamagoyaki, jagung mayonis, tuna mayonis dan jejari ketam.

Sweet tamagoyaki

Resepi dan cara-cara menyediakan tamagoyaki ni, boleh klik sini.

Jagung manis dan mayonis

Cara-caranya:-

Kukus sedikit jagung manis selama beberapa minit.
Apabila jagung sudah masak, campurkan dengan sedikit garam dan mayonis. Gaulkan sehingga rata.
Siap!

Tuna Mayonis

Cara-caranya:-

Hancurkan tuna yang telah dikeluarkan dari dalam tin.
Campurkan sedikit lobak merah yang telah dihiris halus.
Tambahkan sedikit mayonis dan gaul semuanya sehingga sebati.
Siap!

Actually, ada banyak lagi lauk-lauk sushi yang mudah untuk disediakan dan korang boleh cuba apa sahaja yang korang suka dan bersesuaian.

Sushi

Cara-caranya:-

Sebenarnya untuk buat sushi ni ada beras sushi, tapi aku gunakan beras biasa yang kiter makan selalu tu. Cuma bila masak tu lebihkan sedikit air agar nasi tu lembik sedikit. Jangan lembik sangat!
Bila nasi dah masak, alihkan nasi di dalam bekas lain dan curahkan cuka sushi sedikit demi sedikit dan gaul dengan nasi sehingga cuka sushi sekata.

Biarkan nasi sejuk seketika. Pastikan nasi ditutup dengan kain lembap dan bersih untuk mengekalkan kelembapan nasi.

Kemudian bolehlah mula membentuk sushi.
Sushi ni ada macam-macam jenis atau bentuk. Biasanya kat belakang plastik seaweed, dia tunjukkan macam mana cara-cara nak bentukkan sushi.
So, kali ni aku akan buat sushi nigiri dan sushi maki.
Kita mulakan dengan buat sushi nigiri dululah yer.

Sushi Nigiri

Sushi nigiri ni kiter bentukkan nasinya terlebih dahulu. Kepalkan nasi menjadi bentuk oblong seperti gambar di bawah ni.

Kemudian nasi tersebut dibalut dengan kepingan seaweed yang telah dipotong selebar lebih kurang 2 cm setiap satu.

Pastikan permukaan yang licin di bahagian luar.
Kemudian barulah diletakkan lauk atau topping di atasnya.

Manakala untuk tamagoyaki. Kepingan seaweed dipotong selebar 1 cm setiap satu dan dibalut dari atas ke bawah meliputi nasi dan telur, seperti gambar di bawah.

Sushi Maki

Sushi Maki atau rolled sushi atau sushi gulung ni berlainan pula caranya. Untuk memudahkan kerja menggulung, pastikan korang ada alas penggulung sushi. Tapi kalau tak der pun sebenarnya tak der masalah.

Kiter mulakan dengan big roll dulu.

Letakkan sekeping kepingan seaweed. Pastikan permukaan yang licin di bawah dan yang menggerutu di bahagian atas.

Ambil segumpal nasi, dan letakkan di tengah-tengah kepingan seaweed tersebut dan mula meratakan nasi ke sekitar permukaan seaweed tersebut sehingga nasi menjadi satu lapisan nipis.

Untuk big roll ni, aku letakkan jejari ketam, timun dan sedikit mayonis. Letakkan semua di bahagian bawah kepingan sushi tersebut.

Kemudian bolehlah mula menggulung sushi.
Pastikan kedua-dua ibu jari menolak hujung kepingan sushi manakala jari-jari yang lain menahan bahan-bahan yang diletakkan di dalam nasi supaya nasi dapat digulung sempurna.

Bila gulungan dah siap, bolehlah potong sushi tersebut. Pastikan korang gunakan pisau yang tajam dan setiap kali nak potong sushi, pastikan pisau tersebut bersih daripada sisa-sisa nasi yang mungkin akan terlekat pada permukaan pisau.
Mulakan potongan dari bahagian tengah. Kemudian bahagian yang telah dipotong tu dipotong lagi di bahagian tengah dan potong lagi di bahagian tengah. Korang akan dapat 8 bahagian setiap gulung.

Untuk small roll pula. Kepingan sushi dipotong dua terlebih dahulu. Kemudian penuhkan nasi di atas permukaan kepingan seaweed.

Small roll ni, tak boleh letak banyak bahan sebab nanti takut roll tak muat. So, aku cuma letakkan timun dan mayo jer. Ini sushi kegemaran my Naufal.

Kemudian rollkan dengan cara yang sama aku terangkan tadi. Gulungan yang kemas membolehkan korang dapat satu gulungan penuh.

Dengan cara yang sama potong big roll tadi. Pastikan pisau sentiasa bersih tanpa sisa nasi setiap kali memotong. Mulakan dengan memotong bahagian tengah. Kemudian setiap bahagian yang telah dipotong, dipotong lagi kepada 3 bahagian.
Untuk setiap small roll ni, korang boleh dapat 6 potongan.
Bolehlah dihidangkan buat keluarga atau tetamu.

Niesreena dan Naufal memang seronok setiap kali nak buat sushi sebab diorang akan suka-suka bentukkan nasi ikut suka diorang dan letakkan lauk apa yang diorang suka. Then diorang makan sendiri dengan penuh kepuasan.

So, macam mana? Senang jer kan buat sushi ni?

Next time korang cuba k!

Rujuk post seterusnya untuk resepi sweet Tamagoyaki atau telur gulung manis ala Jepun pula.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: