Siakap Stim Ala Thai

Assalamualaikum semua!

Kali ni nak kongsi dengan korang resepi yang supper dupper senang! All-in-one!

Ikan Siakap Stim Ala Thai

Biasanya kalau masak menu ni, jarang ada menu lain. Sebab semuanya dah masuk - ikan ada, sayur ada... complete meal. Masak pun sekejap jer. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang sibuk dan cepat sediakan makan malam.

Siakap Stim Ala Thai

Bahan-bahannya:-

Ikan siakap 1 ekor
Bawang besar 1 biji - dimayang halus
Halia 1 inci - dimayang halus
Bawang putih 2 biji - dimayang halus
Cili padi 4 biji - hiris halus
Serai 1 batang - diketuk
Daun limau purut 2 helai
Daun ketumbar 5/6 batang - diracik halus
Cendawan panjang 1 paket
Lobak merah - dipotong panjang
Tomato 1 biji
Air 50 ml
Batang saderi 1 batang
Limau nipis 2 biji - diperah
Sos seafood/tiram 1 sudu besar
Sos ikan 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bersihkan ikan dan sapu ikan keseluruhan ikan dengan garam.

Letakkan serai di dalam mangkuk yang hendak dikukus dan letakkan ikan di atasnya.
Kemudian masukkan semua bawang-bawang, halia, cili dan sayur-sayuran yang telah dipotong-potong.

Ambil satu cawan, masukkan air, perahan limau, sos tiram, gula dan garam. Kacau sehingga semua bahan sebati dan gula larut.
Tuangkan ke atas ikan.
Kukus ikan dengan api sederhana besar selama 15-20 minit.
Sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: