Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Nasi Ayam Madu

Minggu ni masih sibuk dengan musim beraya dan open house lagi. Tiap-tiap hujung minggu sejak raya hari tu, kitorang mendapat kunjungan daripada kengkawan yang datang beraya. Alhamdulillah... masa ni lah masa untuk mengeratkan lagi silraturahim.

Minggu ni pun, kitorang masih menjemput kawan-kawan datang beraya di rumah. Tetiba buntu pulak nak cari menu apa untuk disajikan untuk kawan-kawan.

Memandangkan kitorang menjemput kawan pada hari kerja, so kena cari menu yang mudah tapi sedap! So, aku decide untuk menyediakan hidangan set nasi ayam madu. Senang!

Beli barang siap-siap masa lunch hour kat office tengahari tadi. Balik, tiba di rumah jam 6.20 petang, terus bergegas 'check-in' kat dapur pulak. Jom buat nasi ayam yang mudah tapi sedap ni.

~ NASI AYAM MADU ~

Ayam Madu

Bahan-bahan merebus ayam:-

Ayam, aku ambil bahagian peha 7 keping
Halia 2 inci
Air

Bahan-bahan perapan ayam:-

Bawang putih 5 ulas dikisar
Halia 2 inci dikisar
Madu 3 sudu besar
Kicap pekat 3 sudu besar
Minyak bijan 2 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Serbuk ketumbar 1 sudu besar (kalau tak de pun tak per)

Cara-caranya:-

Ayam dibersihkan dan direbus bersama-sama dengan halia yang telah diketuk.
Rebus lebih kurang 30 minit.
Kalau korang suka, bolehlah campurkan sekali dengan kaki ayam atau bahagian-bahagian tulang yang lain untuk sup ayam.

Apabila ayam sudah masak, keluarkan isi ayam dari air rebusan.
Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi dan sup.
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan. Biarkan sehingga ayam sedia untuk digoreng.

Untuk menggoreng ayam, sediakan kuali dengan minyak separuh penuh kuali sebab ayam perlu digoreng secara deep friend.
Bila minyak dah panas, baru masukkan ayam.
Biarkan seketika dan balikkan ayam.
Bila ayam dah nampak agak kehitaman, bolehlah diangkat dan dituskan minyak.

Sebelum dihidangkan, eloklah dipotong ayam tersebut terlebih dahulu kepada bahagian yang lebih kecil.

Baki perapan ayam tadi jangan dibuang, akan digunakan untuk kuah kicap.

Sup Ayam

Bahan-bahannya:-

Bawang merah 6/7 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 2 inci
Bunjut sup tulang Adabi 1 paket
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air stok ayam
Kiub pati ayam 1 kiub
Lobak merah 1 biji
Batang saderi 2 batang
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya:-

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama dengan rempah yang ada dalam pek sup bunjut tulang Adabi iaitu kulit kayu manis, halba, bunga cengkih dan bunga lawang. Bahagian bunjutnya boleh dimasukkan ke dalam air stok ayam.

Tumis sehingga naik bau dan masukkan air stok ayam dan bahagian tulang-tulang ayam yang telah direbus tadi. Masukkan semua air stok ayam yang ada. Sup ini akan digunakan untuk memasak nasi pula.
Masukkan garam secukup rasa dan kiub ayam.
Masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu dan batang saderi yang telah dipotong kecil.
Biarkan mendidih sehingga lobak merah empuk dan bolehlah matikan api.
Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng setelah dihidangkan.

Nasi Ayam

Bahan-bahannya:-

Beras 4 cawan (Sebaik-baiknya gunakan beras basmathi tapi aku gunakan beras herbaponni)
Serbuk kunyit ½ sudu kecil
Butter 1 sudu besar
Daun pandan 1 helai
Sup ayam 3 cawan
Garam 1 sudu kecil

Cara-caranya:-

Bersihkan beras.
Kemudian rendam beras tersebut dengan serbuk kunyit supaya warna nasi ayam menjadi kuning.

Bila sup dah masak, bolehlah tuskan beras. Tanak beras dengan 3 cawan sup ayam telah disediakan tadi.
Tambahkan juga 1 sudu butter dan daun pandan ke dalam beras.
Masak seperti biasa di dalam rice cooker.

Sambal Cili Merah

Bahan-bahannya:-

Cili merah 10 tangkai
Cili padi 2/3 biji, ikut suka pedas korang
Bawang putih 2 biji
Gula 1 sudu besar
Limau kasturi 2 biji
Buah keras 1 biji

Cara-caranya:-

Cili merah dibelah 2 dua dan dikeluarkan biji-biji di dalamnya.
Kemudian bersihkan dengan air.

Kisar cili merah dengan semua bahan-bahan lain kecuali limau kasturi.
Masukkan bahan yang telah dikisar di dalam periuk dan masak dengan api sederhana besar.
Masukkan perahan air limau kasturi dan biarkan sehingga mendidih.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Kuah Kicap

Bahan-bahannya:-

Baki sos perapan ayam
Kicap pekat 3 sudu
Sup ayam 1 cawan

Cara-caranya:-

Campurkan semua bahan-bahan dan masak sekejap di atas dapur sehingga mendidih.
Sedia untuk dihidangkan.

Sayur-sayuran

Bahan-bahan sampingan lain ialah:-

Tomato
Timun
Salad

Semuanya dibersihkan dan dipotong.

Siaplah set Nasi Ayam Madu yang sedap dan senang disediakan.

Alhamdulillah... bertambah-tambah tetamu makan. Seronok tengok.

#juliescookingwithluv

No comments: