Wednesday, August 3, 2016

Pucuk Paku Pakis Masak Tempoyak

Ingatkan nak balik lambat hari ni sebab lepas office ada zumba. Tiba-tiba zumba batal pulak. Terus jer lah bergegas balik ke rumah.

Bukak peti ais, keluarkan sayur paku pakis yang dah siap disiang dan disimpan dalam peti ais. Ingat nak goreng jer... tapi terpandang pulak satu bekas tempoyak yang masih ada dalam peti ais. Apa lagi... kiter buat pucuk paku pakis masak tempoyak lah...

Pucuk Paku Pakis Masak Tempoyak

Bahan-bahan:-

Pucuk paku pakis
Cili padi 5/6 biji
Bawang putih 2 biji
Kunyit hidup 1 cm
Ikan bilis segenggam
Tempoyak 1 sudu besar
Santan pekat 1/2 cawan
Air 1 cawan
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Siang dan bersihkan pucuk paku pakis.

Tumbuk cili padi, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.
Rendam sekejap ikan bilis. Kemudian ditumbuk. Jangan tumbuk sampai lumat. Cukup kalau pecah-pecah jer.

Masak dengan api yang kecil dan pastikan sentiasa dikacau supaya santan tak pecah.
Bila sayur dan lembut dan kuah mula mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Sekejap jer siap.

#juliescookingwithluv

No comments: