Terung Goreng Bercili

Aku suka terung kalau buat goreng bercili atau buat paceri. Tapi kali ni aku kongsikan resepi ringkas terung goreng bercili dulu k. Insya Allah ada rezeki lain kali kongsi resepi untuk paceri terung pulak.

Terung Goreng bercili

Bahan-bahannya:-

Terung 1 biji
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2 biji
Cili merah 1 batang
Cili kering 2/3 batang
Ikan bilis

Cara-caranya:-

Tumbuk cili kering, cili merah, bawang besar dan bawang putih sehingga lumat.
Kemudian tumbuk ikan bilis agak-agak pecah jer.

Potong dan bersihkan terung.

Terung hendaklah digoreng sehingga agak lembut terlebih dahulu.

Bila dah lembut, bolehlah dikeluarkan dari kuali.

Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi.
Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan terung yang telah digoreng tadi.

Kacau hingga cili sebati dengan terung.
Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

#juliescookingwithluv

No comments: