Labels

Ais Krim (2) Ayam (12) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Daging (8) Ekor (2) Ikan (11) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (1) Kuey Teow (1) Kuih-muih (3) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (57) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (17) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (2) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (3) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Sardin Goreng Asam

Sekali sekala makan sardin memang terasa sedap sangat!

Makan dengan nasi panas. Lebih-lebih lagi kalau ada sekali dengan telur dadar dan kicap manis. Sedapnya!

Jom cuba masakan yang mudah tapi sedap ni.

Sardin Goreng Asam

Bahan-bahan:-

Sardin 1 tin besar, aku suka cap King Cup
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Cili merah 1 biji
Cili padi ikut tahap pedas suka korang
Limau nipis 1 biji, kalau tak der boleh ganti asam jawa
Gula 2 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Hiriskan semua bahan-bahan yang ada.

Kemudian tumiskan bahan-bahan tersebut dengan sedikit minyak.

Bila dah agak layu, masukkan sardin.

Perahkan limau atau air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

Biarkan selama lebih kurang 5 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: