Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Sup Ekor d'best!

Sup ekor merupakan makanan favorite kitorang sekeluarga. Bukan aku dan enche Neezam sahaja, Niesreena dan Naufal pun suka. Kalau pergi makan kat restoran, biasanya order sup ekor 2/3 mangkuk, dapatlah dalam 9/10 ketul ekor. Tak puas makan tapi harganya mahal.

Sebenarnya dah beli ekor ni dari pasaraya Hero sejak minggu lepas, tapi tak bermasak sebab enche Neezam dan Naufal demam berganti-ganti. Takut lagi panas pulak badan diorang sebab makan sup ekor lembu ni.

Alhamdulillah... enche Neezam dan Naufal dah pulih sepenuhnya sekarang. Bolehlah masak best sikit.

Sup Ekor

Bahan-bahannya:-

Ekor lembu 500 gm
Bawang merah 6/7 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 4 inci
Bunjut sup tulang 2 paket
Saderi 2 batang
Tomato 1 biji
Ubi kentang 2 biji
Lobak merah 1 biji
Limau kasturi 2 biji
Kiub pati lembu 1 kiub
Air
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Bersihkan ekor dan rebus dengan menggunakan pressure cooker selama 20 minit.
Masukkan sekali hirisan halia.

Sementara tunggu ekor empuk, tumbuk/kisar bawang merah dan bawang putih.

Tumiskan di dalam kuali bersama-sama dengan bahan-bahan di dalam pek sup bunjut sup tulang adabi, iaitu bunga lawang, bunga cengkih, halba dan kulit kayu manis.

Goreng sehingga pecah minyak. Matikan api.
Bila ekor dah dimasak 20 minit di dalam pressure cooker, bolehlah periksa samada ekor tersebut dah empuk atau belum. Kalau belum, bolehlah rebus lebih masa lagi. Kalau dah, bolehlah masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk rebusan daging tadi.
Masukkan juga 1 kiub pati lembu dan garam secukup rasa.

Masukkan ubi kentang yang telah dipotong empat dan biarkan kira-kira 10 minit atau sehingga ubi kentang hampir empuk.

Kemudian masukkan hirisan batang saderi dan lobak merah.
Perahkan juga limau kasturi ke dalam sup.

Sebelum matikan api, masukkan tomato yang telah dipotong enam.
Bolehlah dihidangkan.
Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atas sup.

Sedapnya hirup sup panas-panas tambah pulak dengan sambal kicap pedas! Peerrrggghhhhh!!!

Resepi sambal kicap pedas di sini.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: