Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Mee Jawa

Hari ini ada kengkawan nak datang beraya di rumah. Enche Neezam menyediakan hidangan nasi hujan panas. Manakala aku sediakan hidangan Mee Jawa.

Actually, hari Khamis lepas aku buat sikit untuk dinner dengan keluarga. Memandangkan masih ada lagi bahan-bahan yang diperlukan di rumah, jadi, kita repeat masak. Lagipun... sedap! Hehehehe...

Mee Jawa

Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis:-

Bawang merah 10/12 biji
Bawang putih 3/4 biji
Serai 3 batang
Udang geragau kering segenggam
Cili padi 5/6 biji ikut tahap pedas korang

Bahan-bahan lain untuk kuah:-

Cili giling 2 sudu besar
Kentang/keledek 5/6 biji
Daging direbus dan dihiris nipis
Serbuk kari daging 2 sudu besar
Kiub pati lembu 1 kiub
Gula 2 sudu besar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain-

Mee kuning 2 bungkus dicelur
Tahu 3 keping digoreng dan dihiris nipis
Sawi dicelur
Cili hijau 3 batang dimayang halus
Limau kasturi 5/6 biji dibelah 2
Daun sup dan daun bawang dihiris halus
Bawang goreng
Tauge
Telur 5/6 biji direbus dan dibelah dua

Cara-caranya:-

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam peruk.
Masukkan sekali cili giling dan serbuk kari.
Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan hirisan daging.
Kentang/keledek direbus dan dikisar. Aku guna kentang.

Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan kentang yang telah dikisar.

Kacau sebati dan tengok kepekatan kuah. Kalau rasa terlalu pekat, bolehlah tambahkan air.
Tambahkan 1 kiub pati lembu.

Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih dan bolehlah ditutup api.
Bolehlah dihidangkan dengan bahan-bahan pelengkap yang lain.

Sedia untuk dijamu untuk tetamu yang hadir!

Alhamdulillah... ramai tetamu suka dengan hidangan mee jawa ni. Sekejap jer licin. Seronok tengok orang makan!

Korang try pulak ok!

y(^-^)y

#juliescookingwithluv

No comments: