Sunday, July 24, 2016

Puding Kastard Gula Kabong

Hari ni nak kongsi resepi enche Neezam yang sangat sedap! Sesuai sangat makan dikala mulut rasa nak mengunyah... tapi tak nak makan berat-berat. Pastu makan masa dia dah sejuk dalam peti ais... perrrgghhhh... sedap giler!

Ini enche Neezam namakan
Puding Kastard Gula Kabong

Senang jer nak buat dia. Jom tengok resepi di sini.

Puding Kastard Gula Kabong

Bahan-bahannya:-

Tepung Kastard 1 cawan
Air 2 cawan
Jagung manis 1 cawan
Susu cair 1 cawan
Gula kabong 2/3 sudu besar

Cara-caranya:-

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk

Masak adunan dengan api yang kecil.
Pastikan sentiasa kacau adunan.

Adunan akan menjadi semakin pekat.
Boleh matikan api bila dah nampak adunan nak mula berkilat.

Masukkan adunan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil.
Biarkan sejuk dan boleh masukkan ke dalam peti sejuk.

Kuah kastard

Bahan-bahannya:-

Susu cair 1 tin
Air 2 cawan
Gula pasir 5/6 sudu besar
Tepung kastard 2 sudu besar
Kuning telur 1 biji
Daun pandan 1 helai
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Masukkan semua bahan-bahan di dalam periuk dan masak dengan api kecil.

Pastikan sentiasa kacau adunan sehingga mendidih.

Matikan api dan bila sejuk bolehlah simpan di dalam peti ais juga.
Kemudian bolehlah dihidangkan kedua-duanya.

#juliescookingwithluv

No comments: