Sunday, July 17, 2016

๐Ÿด Sambal Kicap Pedas

Dari dulu lagi sampai sekarang, enche Neezam memang expert buat sambal kicap. Masa di Melbourne dulu, kawan-kawan siap sediakan bahan-bahan dan enche Neezam tinggal buat jer.

Mungkin sebab orang Johor, memang terkenal dengan sambal kicap. Sebab itu enche Neezam pandai buat sambal kicap ni. Diorang makan tempe dengan sambal kicap, makan pisang goreng dengan sambal kicap, soto wajib ada sambal kicap.

Sambal Kicap Pedas

Bahan-bahan:-

Cili padi segeggam / 15-20 tangkai
Bawang putih 3 biji
Gula 1 sudu besar
Limau kasturi 4/5 biji
Kicap manis, kitorang suka kicap Jalen

Cara-caranya:-

Masukkan cili padi, bawang putih dan gula ke dalam mesin pengisar kering.
Kisar sehingga halus.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk.
Tambahkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Kacau sekata.
Sedia untuk dihidangkan dan dimakan dengan makanan kegemaran korang.

Resepi soto di sini.

Kalau baru siap, sambal akan rasa sangat pedas. Tapi kalau simpan lama, rasa pedas tu akan mengurang. Boleh disimpan di dalam peti ais.

#juliescookingwithluv

No comments: