Sunday, July 17, 2016

🍴 Bergedil Ayam

Kalau buat soto, tak sah kalau tak buat sekali bergedil. Kalau tak buat bergedil, rasa tak lengkap hidangan soto.

Masa mula-mula belajar buat bergedel dulu, bergedel selalu jer pecah masa tengah masak dia. Frust betul. Tapi alhamdulillah... sekarang tidak lagi. Orang kata... dah expert... Huhuhu...

Tapikan... orang kata jugak... practice makes perfect!

So, bila dah lama-lama buat, mestilah semakin baik. Belajar dari kesilapan. Sebab tu kita tak boleh mudah putus asa... tapi kena cuba sampai jadi!

Jom kita buat.

Bergedel Ayam

Bahan-bahan:

Ubi kentang 8/10 biji
Isi ayam hancur 200 gm
Garam secukup rasa
Bawang goreng 3 sudu besar
Daun sup dan daun bawang
Serbuk lada hitam 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Kentang dibersihkan, dikupas kulit dan dipotong kecil.

Taburkan sedikit garam sehingga sekata.

Gorengkan kentang sehingga masak.
Pastikan kentang dah agak sejuk, kemudian kisar kentang dengan menggunakan pengisar kering.
Kisar semua kentang.
Di dalam kuali, masak isi ayam hancur.
Campurkan ubi kentang yang telah dikisar tadi dengan isi ayam, bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada hitam dan garam secukup rasa.

Gaulkan semuanya sehingga sebati.

Bentukkan bulat-bula kecil sehingga habis adunan.

Kalau tak sedia nak makan lagi, bolehlah simpan dalam peti ais dulu.

Untuk menggoreng, gunakan 2 biji telur, tambah sedikit garam dan dipukul beberapa saat.

Sediakan kuali dengan minyak agak banyak. Goreng secara deep fried.
Bila minyak dalam kuali dah panas, celup bergedil ke dalam telur dan masukkan ke dalam minyak.

Gorengkan sehingga bergedil bertukar kekuningan dan terbalik.
Angkat dan tuskan minyak.

Tengok... cantik jer bulat-bulat. Tak hancur. Alhamdulillah...

Bolehlah makan dengan soto yang sedap!

Resepi soto di sini.

#juliescookingwithluv

No comments: