Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Mint & Grean Peas Couscous

Couscous adalah sejenis pasta yang unik sebab rupanya yang kecil dan halus berbanding dengan pasta-pasta lain. Cara memasaknya jugak sangat senang - kurang dari 5 minit. Sesuai sangat untuk orang yang supper busy dan sedang berdiet kerana couscous tinggi fiber.

Menu ni, first time aku cuba masa kat Melbourne dulu. Couscous merupakan salah satu side dish di Nandos di sana. Dari situlah mula jatuh hati dengan couscous.

Resepi kali ni sangat mudah dan tak menggunakan dapur gas atau pembakar pun.

Jom cuba!

Kat pasaraya boleh cari couscous di bahagian pasta. Biasanya ada jenama San Remo.


Beginilah rupa couscous.

Mint & Grean Peas Couscous

Bahan-bahan:-

Couscous 1 cawan
Kacang hijau 1/2 cawan
Butter 3  sudu besar
Dried mint 3 sudu kecil
(Kalau dapat daun pudina segar lagi best)
Garam secukup rasa.
Air 1 1/2 cawan

Cara-caranya:-

Sediakan bekas yang boleh masuk microwave.
Masukkan semua bahan di dalam bekas.

Panaskan di dalam microwave dengan kepanasan sederhana selama 2 minit.
Keluarkan dan kacau sedikit.
Masukkan semula ke dalam microwave selama 2 minit lagi.
Bolehlah dihidangkan.

Sedap dimakan begitu sahaja atau dengam ayam panggang juga steak.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: