Friday, September 29, 2017

Puding Sagu Delight @ Sagu Gula Melaka

السلام عليكم

Puding sagu ni merupakan salah satu menu pencuci mulut kegemaran aku. Puding ni, ada orang panggil Puding Sagu Gula Melaka... famous sikit, orang panggil Sagu Delight.

Resepi puding sagu kali ni berlainan dengan resepi yang biasa aku buat sebelum ni. Sebelum ni, aku gunakan santan dan biji sagunya melekat. Ini cara yang biasa aku buat dari dulu.

Tapi beberapa tahun lepas, sudah mula dijual sagu gula Melaka di dalam bekas kecik-kecik tu. Aku jumpa pertama kali di pasar Ramadhan beberapa tahun lepas. Masa tu dijual seringgit untuk satu bekas. Bila cuba, eh sedap pulak. Sagunya tak melekat dan digantikan santan dengan susu.

Rupa-rupanya ada teknik nak buat sagu tu tak melekat dan elok jer sebutir-sebutir.

Jom cuba!

Sagu Delight @ Sagu Gula Melaka

Bahan-bahannya:-

Biji sagu mata ikan 1 cawan
Air 4 cawan
Gula melaka 2 biji
Susu cair 1 tin
Daun pandan 1 helai

Cara-caranya:-

Untuk air gula melaka.
Racik gula melaka dan masak gula melaka tersebut dengan 2 cawan air. Kalau korang rasa tak cukup manis, bolehlah ditambahkan sedikit gula merah ikut kesesuaian korang. Masukkan jugak dua ikat daun pandan.

Untuk sagu.
Bersihkan biji sagu dan masak dengan 4 cawan air.
Aku tak rendam dulu sebelum masak sebab tak nak sagu dia nanti bila masak akan jadi hancur.
Masak lebih kurang 15-20 minit atau sehingga biji sagu nak nampak jernih seperti gambar di bawah. Masak dengan api sederhana besar dan hendaklah sentiasa dikacau.

Susun bekas yang hendak diletakkan sagu.
Masukkan sedikit gula merah mengikut suka manis korang.

Sagu yang telah dimasak dialihkan di dalam bekas yang lebih besar dan dicampurkan dengan air sejuk. Kemudian dikacau dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk. Cara ni dibuat sebab nak buang lebihan kanji yang ada. So, nanti sagu tu tak lah melekat-lekat.
Pastikan jugak korang gunakan tapis yang halus supaya tak banyak kanji yang terbuang.
Kemudian baru masukkan susu cair di dalam mangkuk.

Masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan masa sejuk.
Niesreena dan Naufal seronok tengok sagu gula Melaka dalam peti ais masa balik sekolah semalam. Dan buat aku seronok bila Niesreena kata "Sagu mama kali ni lebih sedap. Reena suka!"

Alhamdulillah...

#juliescookingwithluv

No comments: