Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ketam Masak Lemak Cili Padi

السلام عليكم

Actually kat rumah ni, aku sorang jer yang makan ketam. Jadinya... memang jarang-jarang sangatlah masak ketam. Kadang-kadang tu, kena tunggu ada orang datang ke rumah baru boleh masak. Barulah berbaloi.

Kali ni kiter masak ketam resepi yang paling mudah, iaitu masak lemak.

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya:-

Ketam 3 ekor
Cili padi segenggam atau ikut suka pedas korang
Bawang putih 2 biji
Kunyit hidup 1 cm
Daun kunyit 2 helai
Serai 1 batang
Asam keping atau asam gelugor 1 keping
Santan pekat 1 cawan
Air 1 cawan
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:-

Ketam dibelah dua dan dibersihkan.

Cili padi, bawang putih dan kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat.
Daun kunyit dicarik.
Serai diketuk.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali.

Masak dengan api sederhana kecil dan sentiasa kacau kuahnya supaya tak pecah minyak.

Masak lebih kurang 15-20 minit sehingga ketam bertukar warna menjadi kemerahan dan santan masak.
Sedia untuk dihidangkan.

Senang sangat kan!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: