Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Daging masak hitam... Mudah dan gerenti sedap!

Resepi ni memang sangat sedap!

Aku minta resepi dari makcik aku kat kampung pada hari raya yang lepas sebab Naufal suka sangat. Bukan Naufal jer... tapi ramai yang suka, hingga licin sekelip mata ajer.

Malam tadi aku cuba buat. Resepi ingat-ingat lupa sebab tak salin... Main ingat-ingat jer... Sebab memang mudah jer bahan-bahan dia... Tak der rempah jintan halba bagai... Tak der!

Yang paling aku ingat makcik aku cakap, sekilo daging, sekilo jugak bawang. Banyak betul bawang! Tapi itulah yang membuatkan resepi ni lebih istimewa.

Alhamdulillah... percubaan pertama, menjadi jugak. Naufal tambah nasi 4 kali dan berkali-kali Naufal dan Niesreena cakap sedap. Alhamdulillah...

Daging Goreng Hitam

Bahan-bahan (untuk satu hidangan 4 orang):-

Daging 300gm
Bawang besar 3 biji @ Bawang merah 10-15 biji
Bawang putih 4 biji
Cili merah 3 biji
Cili giling 3 sudu besar
Halia 1 inci x 2
Kicap pekat
Daun limau purut 2 helai (Aku tambah sebab suka bau daun limau purut)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Rebus daging sehingga empuk. Masukkan sekali 1 inci halia yang telah dihiris nipis.
Bila daging dah empuk, tuskan air dan tumbuk hingga daging agak-agak pecah.

Perap daging dengan kicap pekat. Aku suggest kicap ABC Saus Manis. Kicap ni memang sedap kalau nak buat masak-masak.

Bawang-bawang, cili dan halia dimayang halus.

Panaskan kuali dengan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang dan jugak cili giling.
Bila semua bahan-bahan dah pecah minyak dan agak garing, masukkan daging yang telah diperap tadi. Masukkan juga daun limau purut.
Kalau rasa perlu masukkan garam, bolehlah tambah sikit. Sebab daging dah perap dengan kicap, takut nanti terlebih masin plak.
Goreng sehingga kering.
Kemudian bolehlah disajikan.

Sedap betul makan dengan nasi panas-panas. Naufal siap bertambah 4 kali! Kalau makan dengan ketupat, lemang pun sedap!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

3 comments:

TravelWithMillo said...

Sama macam resepi arwah ibu saya, tapi saya kene rebus, tumbuk, gaul dengan kicap perap sekejap then goreng. Tumis bawang, bunga lawang dgn cili baru tambah daging plak... Banyak kerja tapi bila makan sedap sangat2 kan hehehe...

Juliet Le Sweetheart said...

memang sedap... :)

NINA FARHANA said...

Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1