Labels

Ais Krim (2) Ayam (14) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (11) Ekor (2) Ikan (14) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuey Teow (1) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (73) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (19) Seafood (24) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (4) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Pulut Mangga

السلام عليكم

Enche Neezam beli banyak mangga pulak semalam. Besar-besar dan manis. Kupas 2 biji pun puas makan. Naufal pulak tetiba kata nak makan pulut mangga. Hmmmm... sindrom emak-emak ni kan, pantang dengar anak nak makan apa, mesti nak buat.

Maka terjadilah, pulut mangga.

Ni first time aku buat. Alhamdulillah... menjadi... sebab senang jer. Puas hati sangat. Naufal pun banyak makan dan mulutnya tak habis-habis cakap "sedap mama... sedap mama..."

Alhamdulillah...

Jomlah buat... resepi ada di bawah ni. Selamat mencuba!

Pulut Mangga

Bahan-bahan:-

Mangga 2 biji
Beras pulut 1 cawan
Santan 1 cawan
Air 1 cawan
Halba 1 sudu kecil
Daun pandan 1 helai
Gula 3 sudu besar
Tepung jagung 2 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Mulakan dengan kukus pulut dahulu. Bersihkan pulut dan kukus seperti biasa. Kalau suka boleh taburkan sedikit halba.

Sekali sekali buka penutup pengukus dan basahkan pulut dengan air.

Sementara pulut dikukus, bolehlah sediakan santannya.

Panaskan air di dalam periuk atau kuali. Masukkan sehelai daun pandan dan sedikit halba.

Bila air mendidih, masukkan santan dan garam secukup rasa.

Masak santan dalam 2-3 minit. Masak dengan api kecil supaya tak pecah minyak. Keluarkan 1/2 cawan santan yang telah dimasak tu untuk pulut yang dikukus tu.

Kemudian masukkan gula pasir.

Dan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya santan menjadi pekat. Kena sentiasa dikacau.

Kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian boleh tutup api dan dihidangkan.

Kuah santan yang dikeluarkan awal tadi kita akan gunakan untuk pulut yang dikukus. Bila dah nampak pulut dah hampir masak. Keluarkan pulut dan campurkan dengan kuah santan.

Kemudian kukus semula dalam 5-7 minit.

Bila pulut dah masak, bolehlah dihidangkan.

Dah akhir sekali, kupaslah mangga untuk dimakan bersama pulut dan santan.

Siap!

Selamat mencuba.

Jangan lupa follow Instagram #juliescookingwithluv untuk lebih banyak menu harian, resepi dan tips-tips.

Jom klik di bawah.

No comments: