Labels

Ais Krim (2) Ayam (13) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (5) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Daging (9) Ekor (2) Ikan (12) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (7) Kentang (2) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (1) Kuey Teow (1) Kuih-muih (3) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (2) Lauk-Pauk (68) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masakan Cina (4) Mee (3) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (4) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (1) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (8) Pengat (3) Periuk Kera (1) Petai (4) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Rendang (2) Roti (6) Sambal (14) Sardin (2) Sayur (17) Seafood (23) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (1) Sotong (2) Stim (1) Sup (4) Sushi (2) Tauhu (1) Telur (8) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (4) Tips (4) Tomyam (1) Udang (6)

Kurma Daging

السلام عليكم

Kalau nak cepat masak daging, sebelum simpan daging untuk sejuk beku, rebus daging terlebih dahulu. Sebaik-baiknya dalam periuk tekanan atau pressure cooker. So, bila nak masak daging, tak perlulah nak masak lama-lama. Lebih-lebih lagi orang yang bekerja macam aku ni. Sampai rumah pukul 6 petang baru nak mula masak. Semua nak kena siapkan cepat. So, kena masak yang cepat dan mudah je.

So, hari ni kita buat kurma daging. Makan dengan nasi lembik sikit... panas-panas. Ya Allah! Memang menaikkan selera!

Masak kurma ni selain daging dan ayam, telur rebus pun sedap dibuat masak kurma tau.

Jom cuba menu mudah ni. Resepi di bawah.

Ayam Butter Milk Cheese

السلام عليكم

Dada ayam, kalau buat menu ni, memang laju jer habis. Alhamdulillah...

Memang sedap. Kalau tak makan dengan nasi, ratah macam tu sahaja pun sedap. Anak-anak memang tak sabar nak makan bila tengok menu ni yang terhidang atas meja. Hmmmm... bukan anak jer tak sabar. Tukang masak ni pun terliur jugak. Lebih-lebih lagi bau yang creamy satu rumah. Memang lapar teruk jadinya. Huhuhu...

Resepi seperti di bawah. Lepas baca... mesti kena cuba buat ok!

Selamat mencuba!

Kengsom Ikan Siakap

السلام عليكم

Biasanya ikan siakap mesti masak stim atau tiga rasa atau asam pedas kan? Apa kata kali ni, korang cuba masakan dari negara Thai ni. Sangat mudah untuk menyediakannya dan yang paling penting, rasanya pun sedap!

Nama masakan ni Kengsom. Sekali imbas, mesti korang tengok macam masak singgang jer. Tapi masakan kengsom ni ada nenas dan kangkung. Jadi, kalau korang masak menu ni, cukup satu lauk je. Dah lengkap ada sayur dan buah. All in one!

Jom cuba. Menu seperti di bawah.

Ayam Masak Kicap Berempah

السلام عليكم

Tu dia... Likat memikat ayam masak kicapku. Huhuhu...

Sejak kenal kicap pekat ABC, memang kalau masak ayam masak kicap, memang wajib pakai kicap tu. Dan biasanya aku masak menu ni mesti letak sedikit rempah-rempah. Naik bau dia dan memang sedap tau. Korang pun mesti cuba.

Nak resepi ayam masak kicap berempah yang pekat likat memikat macam ni, ada di bawah.

Masak Lomak Tolo Itik

السلام عليكم

Haaa... tajuk letak loghat nogorilah sikitkan, untuk masakan nogori ni.

<

Dah lama sebenarnya tak makan telur iti ni. Tetiba hari tu terjumpa kat pasaraya Hero, memang happy rasanya. Huhuhu...

Biasanya telur itik ni, aku suka masak 2 jenis menu jer - masak lemak dan sambal tumis. Kalau buat masak lemak telur ituk ni, campurkan dengan belimbing buluh. Pergghhhh... sedapnya.

Tapi kali ni, tak jumpa pulak belimbing buluh. Macam susah jer nak cari.

So, kiter masak jer lah dengan apa yang ada.

Menu di bawah.

Salted Egg Cornflakes @ Emping Jagung Telur Asin

السلام عليكم

Hujung minggu yang lepas, tak der buat apa. Duduk duduk... boring-boring... tetiba rasa nak mengunyah. Tapi tak der jajan kat rumah. Huhuhu...

Bukak kabinet dapur, tengok ada cornflakes. Nak makan dengan susu macam rasa berat sangat pulak.

Tetiba teringat kat dapur ada serbuk telur asin, daun kari dan butter. Hmmmm... apa lagi...

Tang tung tang tung kejap... jadilah salted egg cornflakes @ emping jagung telur asin ni. Sekejap jer buat dia...

Pernah beli hari tu, anak-anak makan laju jer. Mama dia makan serdak jer. Sadis...

Ni kalau tinggal serdak jugak, mama cari batu belah, batu bertangkup. Huhuhu...

Uuuuuu sedapnyer...

Senang jer nak buat. Jom ikut resepi di bawah.

Nasi Daging Utara dengan Air Asam Kerisik

السلام عليكم

Kalau hujung minggu biasanya aku suka mencuba resepi-resepi baru. Terutamanya resepi-resepi nasi. Aku akan masak dari pagi, untuk dihidangkan tengahari hinggalah ke malam. So, bila dah masak tengahari, tak der nak fikir nak masak apa pulak untuk menu malam.

Senang.... boleh buat benda lain pulak lepas siap masak. Tak der lah nak duduk kat dapur jer lagi dan lagi... Huhuhu...

Kali ni aku nak kongsikan resepi nasi daging utara dengan air asam kerisik.

Senang jer nak buat sebab lauk dia hanya daging rebus dan kuah air asam kerisik jer. Nasi pun senang nak disediakan.

Naufal suka makan daging. So, dia memang suka sangat sajian nasi ni.

Resepi ada di bawah. Jom cuba!

Tomyam Cendawan

السلام عليكم

Cendawan tiram antara sayur kegemaran aku. Lebih-lebih lagi kalau buat masak tomyam. Memang sedaplah menghirup. Anak-anak pun suka tomyam.

Dulu aku tak pandai buat tomyam. Kalau buat tomyam mesti rasa tak sesedap kat kedai, padahal gunakan paste yang sama jugak. Rupa-rupanya kalau nak tomyam rasa lebih sedap, kena tambahkan sedikit santan dan mesti ada daun ketumbar. Barulah sedap!

So, bila dah tahu bahan rahsia ni, barulah aku pandai buat tomyam sedap.

Jom cuba buat!

Clear Fish Ball Soup

السلام عليكم

Eh... eh... eh... tetiba resepi hari ni bahasa omputeh pulak kan? Hehehe... sekali sekala... apa salahnya ek.

Balik kerja petang semalam memang rasa buntu tak tau nak masak apa. Tengok dalam peti ais masih ada lagi bebola ikan lebihan masak oden hari tu.

So, aku fikir... buat soup pun sedap ni! Lebih-lebih lagi baru lepas hujan ni.

So jadilah... resepi mudah dan ringkas ni... Tapi yang penting anak-anak suka terutamanya si kecik aku tu.

Jom buat resepi mudah ni.

Ketupat Daun Palas Dengan Kacang Soya

السلام عليكم

Hari raya haji yang lepas aku berkesempatan belajar buat ketupat palas dengan emak. Ketupat palas yang emak buat memang sedap sangat. Pulutnya lembut dan sangat berlemak. Memang terbaik.

Biasanya emak buat ketupat palas letak kacang soya. Memang bertambah-tambah sedaplah. Makan pulak dengan sambal sotong kering. Pergghhhh... merecik-recik peluh.

Ini first time sebenarnya dapat tengok emak sediakan ketupat palas dari mula sehinggalah siap. Biasanya kalau emak buat, dah siap, baru aku sampai rumah emak abah. Tinggal makan jer. Huhuhu...

Alhamdulillah... kali ni dapat belajar cara buat ketupat palas pulak. Lepas ni bolehlah cuba buat ketupat palas sesedap emak buat.

Untuk resepi, ada di bawah.